Showing posts with label emotions. Show all posts
Showing posts with label emotions. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Lobak, telur dan kopi

السلام عليكم ورحمة الله


Motivasi hr ini..
Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya?

Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan?

Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada situasi positif.

Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

- Tuan Ibrahim Tuan Man
Inilah Kasihku:
Share:

Wednesday, December 12, 2012

Kenapa bantu Gaza-Palestin

Kenapa bantu Gaza-Palestin?
1
Kerana Allah Taala. Dalam surah Assaff ayat 14:’ Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah penolong2 Allah.’ Penolong2 Allah ertinya berjuang di jalan Allah dengan pelbagai method.

2
Kerana Nabi. Sabdanya: Bukan di kalangan kami, mereka yang tak ambil hirau tentang hal ehwal orang2 Islam. Jika kita berdiam diri, kita tidak layak menjadi umat Muhammad. Sanggup?

3
Kerana persaudaraan dan ikatan kemanusiaan. Dalam surah Al-Hujuraat ayat 10: ‘Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara.’ Takkanlah kita boleh berdiam diri, sedangkan saudara kita dibelasah, dirogol dan dibunuh?

4
Kerana bangsa Yahudi memang sentiasa memusuhi kita. Surah Al Baqarah ayat 120: ‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

5
Kerana Palestin adalah tempat letaknya Masjidil Aqsa dan tanah suci ketiga dalam Islam. Ia adalah kiblat solat umat Islam yang pertama sebelum kaabah. Malah peristiwa israk mikraj juga berlaku di sini.

6
Palestin adalah tanah air banyak Nabi dan Rasul seperti Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Daud. Membantu tanah air mereka ibarat membantu dan memuliakan para Nabi itu.

7
Bagaimana nak bantu mereka?

i
Berdoa, bermunajat agar mereka dibantu Allah dan musuh Islam akan dikalahkan.

ii
Mengutip dan memberi derma kepada tabung-tabung Palestin


iii
Mengambil tahu, menyertai, menyebarkan dan berperanan membantu program-program berkaitan Palestin.


iv
Memboikot produk-produk Yahudi dan mempromosikan alternatif kepada yang diboikot


v
Meningkatkan keimanan pada diri sendiri dan orang-orang tersayang.
Saya terlalu bersemangat. Saya nak hancurkan Yahudi!!!



-
Tenang, berjuang atas dasar ilmu, bukan semangat.


-
Kita berjuang bukan kerana nak menang, tapi kerana nak libatkan diri dengan perjuangan.


-
Allah tak tanya pada hasil, tetapi pada usaha.


-
Hakikatnya, kekejaman di Palestin memberi peluang untuk kita beramal.


-
Dosa yahudi = pahala kita.

8
Kalau bukan kita, siapa lagi? Betul ke?


-
Sebenarnya kemenangan milik Allah, bukan di tangan kita.

-
Kalau kita tak tolong mereka sekalipun, Islam pasti akan menang. Ini janji Allah. Para malaikat akn turun dari langit membantu mereka.

-
Persoalannya ialah, adakah kita tersenarai dlm golongan yang memberi saham dalam kemenangan atau tidak. Kalau ya, kita memang beruntung. Kalau tak, istighfar sajalah!

-
Kita yakin dan percaya bahawa Masjid Aqsa dan sekitarnya telah dijaga Allah. Bila berlaku kekejaman sebegini, Allah nak lihat, adakah kita prihatin atau tidak, beriman atau tidak…

SELAMAT BERJUANG ATAS DASAR ILMU DAN TAQWA


Drpd facebook  Heliza Helmi



penafian
Share:

Wednesday, December 05, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Wednesday, February 15, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Thursday, January 19, 2012

Solemization of Safwanah Soaids


Assalammualaikum..
Sepatutnya dah lama dah updload gambar ni tapi saya tak ada masa untuk mengedit gambar tersebut agar nampak lagi menarik. Jadi post ini khas dedicated untuk my litte SIL, tahniah atas pernikahan anda. Semoga tuhan memeberi rahmat kepadamu dalam meneruskan hidup. Jadulah isteri yang taat, walau apapun yang terjadi. Semoga mahligaimu berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

Tarikh  : 29 November 2011
Masa   : Lepas Zuhur 
Tempat: Masjid As-Sa'adah, Bandar Baru Sultan Sulaiman
Camera : Canon 1000D without flash..
Best picture view: Klik @ picture itself..



















Surah Al-Baqarah: ayat 128;

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Ya Rabb kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Share:

Wednesday, January 18, 2012

Wednesday, December 28, 2011

Friday, December 02, 2011

Bunga Angkasa -TERRAROSSA

Saat hatiku dilukai hanya lagu ini pengubat rasa..



Lirik Bunga Angkasa


Indah sinar sang suria 
Merdu irama sang bayu 
Tiada seindah wajahmu 
Tiada semerdu suara mu 

Lembut bayu membelai 
Merdu burung berlagu 
Tiada selembut belaianmu 
Tiada semerdu kau berlagu 
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/t/terra_rossa/bunga_angkasa.html ]
Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku 
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku 

Bertambah cahaya hidupku 
Kau janji bersumpah setia 
Walaupun ribut melanda kan bersama 

Selagi masih ada sinaran mentari 
Selagi ada getar di jiwaku 
Kan ku korban jiwa raga 
Demi cinta untukmu bunga angkasa

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/t/terra_rossa/#share
Share:

Tuesday, May 03, 2011

Thursday, April 28, 2011