Showing posts with label journey. Show all posts
Showing posts with label journey. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Perlukah Menyesal bila Tertipu..



Entahlah.. Maybe tuhan dah takdirkan aku berjumpa dengan dia hari ini. Aku pulak tergerak nak tolong dia walupun sebenarnya aku sendiri perlukan pertolongan. Hehehehe.. tak sedar diri langsung. Tapi tgk muka dia yang mengelabah dan tak tahu mana nak tuju tu. Aku tak sampai hati nak biarkan dia kat situ..
Akhirnya aku rasa aku buat keputusan yang duit tu aku sedekah kat dia.. Memang banyak tapi nak buat macam mana itu rezeki dia.

Begini ceritanya..
Aku pergi makan dengan kawan-kawan aku. Lepas makan kami pun mula berjalan balik ke ofis. Tapi sorang kawan aku ni nak pergi cari kertas A4 kat kedai. Aku pulak baru teringat nak pergi ambil duit sebab makan tadi kakak N ni bayarkan dulu. So aku pun pergi ke ATM untuk keluarkan duit. Lepas jer kuarkan duit aku terus bergegas nak cari kengkawan aku tadi.

Dalam aku sibuk-sibuk nak cari kawan aku ni. Aku ternampak ada sorang mamat ni tercari-cari. Selalunya aku jumpa orang cam ni, mesti nak cari SSM (ROC). Bila dia tanya aku lain plak soalannya. Dia tanya caman nak pergi Cyberjaya naik bas. Dia nak ke MMU, aku kata paling senang naik LRT la. Dalam dia kelam kabut gitu aku baru nak suggest dia naik teksi jer. Dia buka mulut kalau boleh dia memang nak naik teksi. Tapi costly sebab dia ada Rm20.00 jer dalam poket. Telefon dia pada kawan dia kat Cyberjaya. Dia nak pergi cari kawan dia nak amik telefon, then dia terpaksa plak bergegas ke airport untuk kejar flight kul 4.30. Dia kata kerja mana entah kat Damansara (Tak concentrate sangat sebab tgh fikir camana nak tolong dia) dan dia dah book flight guna duit company. Kalau company tau dia tak naik flight mati dia. 

Gabar hiasan: Stress

Ok inilah datang masalahnya. Dalam aku tengok dia kelam kabut tu. Aku teringat aku baru amik duit sekejap tadi. Aku terfikir hanya dengan duit tu jer aku boleh tolong dia. Aku rasa was-was jugak nak bagi dia sebab aku pun tengah bulan ni bukan ada duit sangat. Lagipun sapa dia ni yang nak aku tolong dia. Tetiba jer muncul entah dari mana minta tolong. Dalam aku was-was tu.. tetiba jer laju jer tangan aku mengeluarkan dua note RM50.00 dan hulur kat dia. aku pun tak sedar kenapa aku buat gitu. Cuma dalam fikiran aku terdetik  begini takperlah.. itu rezeki dia.. aku sedekah. Aku ikhlas nak tolong dia. Bagi jerla, ni suma rezeki dia. Itu jer yang bermain difikiran aku sehingga la.. ni.. Dia amik nama dan no telefon aku dan kata dia akan jumpa aku dua hari lagi kat sini. Aku kata takperla. Aku ikhlas bagi kat dia. Dalam hati aku terdetik camtu. Aku cam dah tau lepas ni duit tu takkan kembali. Duit tu bukan rezeki aku. Aku pun tak kisah sangat. Tapi dia insist nak pulang. Lepas tu dia terus cari teksi dan blah dari situ..
Bila aku sampai balik opis, aku terfikir kenapalah aku buat camtu. Kenapalah aku tak blah jer dan cakap aku tak boleh tolong dia. Tapi bila fikir2 balik kalau aku berada dalam situasi yang sama dan tak ada orang tolong aku memang aku akan menangis tak berlagu.. Agaknya itu yang aku fikirkan masa aku bagi duit tu kat dia. Tapi itu masalah dia la. Kenapala aku sibuk sangat.
For sure ramai yang kata aku kena tipu. Jangan risau bukan korang jer.. Suami dan kawan-kawan aku suma cakap cam tu. Tapi aku sendiri tak tau camana aku boleh terlibat dengan situasi camtu. Sebelum ni tak pernah tau.. Banyak kali juga yang cuba, kali ni jer aku bagi. Entahla bengong sekejap kepala aku ni fikirkannya.Setakat ni tak ada lagi respons positif yang aku terima untuk sedapkan hati aku.. Jadi terpaksala aku pujuk diri sendiri... huhuuhu.. Moga ini jadi pengajaran bagi aku.. jangan nak tolong orang sangat selesaikan masalah diri dulu..


























Share:

Thursday, September 06, 2012

Thursday, January 19, 2012

Solemization of Safwanah Soaids


Assalammualaikum..
Sepatutnya dah lama dah updload gambar ni tapi saya tak ada masa untuk mengedit gambar tersebut agar nampak lagi menarik. Jadi post ini khas dedicated untuk my litte SIL, tahniah atas pernikahan anda. Semoga tuhan memeberi rahmat kepadamu dalam meneruskan hidup. Jadulah isteri yang taat, walau apapun yang terjadi. Semoga mahligaimu berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

Tarikh  : 29 November 2011
Masa   : Lepas Zuhur 
Tempat: Masjid As-Sa'adah, Bandar Baru Sultan Sulaiman
Camera : Canon 1000D without flash..
Best picture view: Klik @ picture itself..



















Surah Al-Baqarah: ayat 128;

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Ya Rabb kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Share:

Wednesday, January 11, 2012

Perjalanan ke LUMUT


Salam...

Kali ini Ini ceritaku adalah perjalanan selama lebih kurang dua jam stengah ke Teluk Batik, Lumut. Seronok juga kerana kami berkonvoi.. Walaupun 2 kereta jer.. tapi seronok juga. .. Antara pemandangan yang sempat snap masa dalam perjalanan ke sana
























Share: