Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Wednesday, March 05, 2014

Jika itu takdirnya

السلام عليكم ورحمة الله

# Kisah Seorang Wanita Yang Dipoligami :

"Saya Akhirnya Mengetahui.."
#Syaikh Utsman al-khamis – hafidzahullah- seorang ulama dari Kuwait bercerita:

“Saya pergi ke kampus dengan kereta lama saya, maklumlah kereta sejak mahasiswa lagi. Tapi walaupun model lama, larinya masih lagi kencang .“Biasanya sambil memandu, saya akan mendengar Radio Idza’atul Quran atau ceramah dan pelajaran dari para ulama menggunakan pemain MP3.

Waktu itu di Idza’atul Quran ada Syaikh Said bin Musfir Al-Qahtani –hafidzahullah- seorang da’i terkenal di Saudi Arabia. Syaikh Said bercerita tentang seorang perempuan yang menelefon beliau sambil menangis.

‘Apa gerangan yang terjadi?’ Rupa-rupanya dia telah dimadu. Bukan manisnya madu yang dirasa, tapi pahitnya empedu, karena pahit tak tertahan lagi, air mata mengalir sendiri.

Syaikh bertanya kepadanya,
‘Apakah kamu lebih suka suamimu berzina dengan perempuan lain atau menikah dengannya?’

‘Menikah,’ jawabnya.

‘Bukankah kamu setiap hari sibuk mencuci, memasak, mengurus anak-anak dan mengatur rumah tangga?” ‘Iya.’

‘Apakah merupakan sebuah kesalahan jika tugasmu itu dibahagi dengan saudari muslimahmu, sehingga engkau pada hari yang suamimu tidak berada bersamamu, kamu dapat berpuasa sunnah yang mungkin sudah lama kamu tinggalkan kerana mengurus suamimu, membaca Al-Quran yang banyak terhalang oleh pekerjaanmu, solat malam yang tak dapat kamu lakukan kerana bersama suamimu?”

Sebulan kemudian, telefon berbunyi. Ternyata wanita itu menelefon lagi. ’Apakah Syaikh masih ingat saya? Saya adalah perempuan yang menelefon Syaikh, yang mengadukan suaminya yang telah menikah lagi…’

‘Apakah yang telah terjadi?’ tanya Syaikh.

Perempuan itu berkata, ‘Saya ada satu permintaan.’

‘Apakah itu?’

‘Engkau nasihati para isteri agar menyuruh suaminya menikah lagi!’.“Saya akhirnya mengetahui bahawa ta’addud (poligami) itu adalah baik untuk isteri pertama, kedua dan masyarakat pada umumnya.”:)
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Tuesday, January 15, 2013

Perlukah Menyesal bila Tertipu..



Entahlah.. Maybe tuhan dah takdirkan aku berjumpa dengan dia hari ini. Aku pulak tergerak nak tolong dia walupun sebenarnya aku sendiri perlukan pertolongan. Hehehehe.. tak sedar diri langsung. Tapi tgk muka dia yang mengelabah dan tak tahu mana nak tuju tu. Aku tak sampai hati nak biarkan dia kat situ..
Akhirnya aku rasa aku buat keputusan yang duit tu aku sedekah kat dia.. Memang banyak tapi nak buat macam mana itu rezeki dia.

Begini ceritanya..
Aku pergi makan dengan kawan-kawan aku. Lepas makan kami pun mula berjalan balik ke ofis. Tapi sorang kawan aku ni nak pergi cari kertas A4 kat kedai. Aku pulak baru teringat nak pergi ambil duit sebab makan tadi kakak N ni bayarkan dulu. So aku pun pergi ke ATM untuk keluarkan duit. Lepas jer kuarkan duit aku terus bergegas nak cari kengkawan aku tadi.

Dalam aku sibuk-sibuk nak cari kawan aku ni. Aku ternampak ada sorang mamat ni tercari-cari. Selalunya aku jumpa orang cam ni, mesti nak cari SSM (ROC). Bila dia tanya aku lain plak soalannya. Dia tanya caman nak pergi Cyberjaya naik bas. Dia nak ke MMU, aku kata paling senang naik LRT la. Dalam dia kelam kabut gitu aku baru nak suggest dia naik teksi jer. Dia buka mulut kalau boleh dia memang nak naik teksi. Tapi costly sebab dia ada Rm20.00 jer dalam poket. Telefon dia pada kawan dia kat Cyberjaya. Dia nak pergi cari kawan dia nak amik telefon, then dia terpaksa plak bergegas ke airport untuk kejar flight kul 4.30. Dia kata kerja mana entah kat Damansara (Tak concentrate sangat sebab tgh fikir camana nak tolong dia) dan dia dah book flight guna duit company. Kalau company tau dia tak naik flight mati dia. 

Gabar hiasan: Stress

Ok inilah datang masalahnya. Dalam aku tengok dia kelam kabut tu. Aku teringat aku baru amik duit sekejap tadi. Aku terfikir hanya dengan duit tu jer aku boleh tolong dia. Aku rasa was-was jugak nak bagi dia sebab aku pun tengah bulan ni bukan ada duit sangat. Lagipun sapa dia ni yang nak aku tolong dia. Tetiba jer muncul entah dari mana minta tolong. Dalam aku was-was tu.. tetiba jer laju jer tangan aku mengeluarkan dua note RM50.00 dan hulur kat dia. aku pun tak sedar kenapa aku buat gitu. Cuma dalam fikiran aku terdetik  begini takperlah.. itu rezeki dia.. aku sedekah. Aku ikhlas nak tolong dia. Bagi jerla, ni suma rezeki dia. Itu jer yang bermain difikiran aku sehingga la.. ni.. Dia amik nama dan no telefon aku dan kata dia akan jumpa aku dua hari lagi kat sini. Aku kata takperla. Aku ikhlas bagi kat dia. Dalam hati aku terdetik camtu. Aku cam dah tau lepas ni duit tu takkan kembali. Duit tu bukan rezeki aku. Aku pun tak kisah sangat. Tapi dia insist nak pulang. Lepas tu dia terus cari teksi dan blah dari situ..
Bila aku sampai balik opis, aku terfikir kenapalah aku buat camtu. Kenapalah aku tak blah jer dan cakap aku tak boleh tolong dia. Tapi bila fikir2 balik kalau aku berada dalam situasi yang sama dan tak ada orang tolong aku memang aku akan menangis tak berlagu.. Agaknya itu yang aku fikirkan masa aku bagi duit tu kat dia. Tapi itu masalah dia la. Kenapala aku sibuk sangat.
For sure ramai yang kata aku kena tipu. Jangan risau bukan korang jer.. Suami dan kawan-kawan aku suma cakap cam tu. Tapi aku sendiri tak tau camana aku boleh terlibat dengan situasi camtu. Sebelum ni tak pernah tau.. Banyak kali juga yang cuba, kali ni jer aku bagi. Entahla bengong sekejap kepala aku ni fikirkannya.Setakat ni tak ada lagi respons positif yang aku terima untuk sedapkan hati aku.. Jadi terpaksala aku pujuk diri sendiri... huhuuhu.. Moga ini jadi pengajaran bagi aku.. jangan nak tolong orang sangat selesaikan masalah diri dulu..


























Share:

Saturday, December 15, 2012

Friday, November 30, 2012

Google Font



Sebuah laman web dengan akan lebih cantik, boleh dibaca, diakses dengan lebih seronok jika ia mengandungi gaya huruf dan perkataan yang menyenangkan.

Google WebFont menjadikan ia cepat dan mudah untuk semua orang untuk menggunakan fon web, termasuk pereka pemaju dan profesional. Mereka percaya bahawa semua orang harus dapat membawa tipografi kualiti untuk laman web dan semua aplikasi.Matlamat Google adalah untuk mewujudkan direktori fon web untuk dunia untuk menggunakan. Perkhidmatan API GWF membuatkan apa shaja gaya huruf lebih mudah untuk diaplikasikan di laman web dan juga memberi peluang pereka gaya huruf untuk menambah rekaan terbaru di Font Web Google dalam kadar yang segera. Perkhidmatan ini berjalan pada pelayan Google yang cepat, boleh dipercayai dan serta telah diuji. Google menyediakan perkhidmatan ini secara percuma.


Cara penggunaan Google Web Font ni amat mudah. Pengguna hanya perlu memilih gaya huruf kesukaan mereka di sini:  

Anda akan lihat paparan seperti dibawah
Setelah tau pilihan Font yang ingin digunakan.. Cuma Perlu tekan pada Quick-Use.. 
Disini juga ada pilihan pop- up untuk melihat keseluruhan gaya tulisan dan Add to Collection jika pilihan anda lebih daripada satu dimana anda akan review pada akhir nanti..

Jika  Quick Use dipilih anda akan diberi pilihan untuk download atau guna terus.

Kalau anda ingin download untuk digunakan pada PC anda hanya perlu
  1. Tekan Download Your Collection dan satu pop-up akan keluar 
  2. Tekan pada .zip yang terpapar di pop-up dan secara automatik akan dimuat turun ke PC



Jika hendak terus digunakan pada laman web anda, boleh mengikut langkah yang berikut:
Terus ke seksyen "Add this code to your website", klik pada @import tab , dan tulis kod dari kotak. Juga, catatkan nama font-family dalam "Integrate the font in to your CSS" seksyen. Untuk menambah satu lagi jenis fon, hanya mengulangi proses ini dan tulis kod @import yang kedua.




Contoh :
Blogger

Wordpress


Sekian.. Selamat mencuba..(@,_,@)




Share:

Sunday, December 04, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 8)


Keberangkatan suamiku ke Sarawak,  tidak  sedikit pun mengubat segala sengsara yang ku tanggung dalam beberapa hari ini. Tetapi aku aharap ia memberi sedikit ruang antara kami untuk berfikir secara waras. Aku sedari, beberapa ini segala tindak tandukku lebih kepada pemberontakkan emosi yang sangat berat untuk ditanggung. Suamiku beberapa kali berlalu bila aku mulai mengamuk dan meninggi suara. Membuatkan perbincangan kami tergantung. Hanya keluhan yang kluar dari mulut masing-masing. Aku tak tahu kenapa kami sudah tidak sehaluan lagi. Tidak seperti sebelum ini kami sering seiringan dan segala minat kami kongsi bersama.
Suamiku seorang penyayang dan periang. Di matanya sering ada sinar kasih sayang dan pujukannya sering mencairkan aku. Tetapi sejak kehadiran perempuan itu. Tiada lagi sinar itu ku lihat dimatanya. Tindakannya juga tak sehangat dulu. Tiada lagi rangkulan yang erat bila aku berada disisinya. Asal kami bersua, hanya keluhan berat dan pertengkaran yang keluar dari mulut masing-masing. Aku pula asyik mengalirkan airmata. Jalan penyelesaiannya dia akan masuk tidur awal dan tidak mahu ambil tahu apa-apa. Aku kesedihan akan tidur di bilik anak.
Ketiadaan suamiku aku banyak berfikir. Selama ini aku sering melalaikan perintah Allah SWT, aku bertekad untuk kembali taat kepada-Nya. Aku cuba sedaya upaya untuk  mencukupkan yang lima. Aku bersyukur kerana rakan-rakan sepejabatku saling mengingati. Jadi apabila tiba masa kami akan ramai-ramai turun ke surau untuk mengerjakan solat. Di rumah aku tidak tunggu lama. Berkumandang sahaja azan aku akan segerakan solatku dan kemudian mengaji. Tenang sikit aku rasa kepala otak aku ini. Bila difikir-fikir.. Aku dah jauh tersasar dari landasan yang sebenar.  Banyak telah kulupakan. Banyak juga yang tidak ku lakukan. Tanggungjawab sebagai isteri  aku lewa-lewakan. Kesimpulannya segala yang terjadi berpunca dari dirku sendiri. Aku yang mengundangnya. Suamiku tak patut dipersalahkan.
Hari-hari berlalu aku rasakan terlalu lambat berlalu. Setiap hari hanya ingatan kepada suamiku berlegar-legar diminda. Aku perlu segera memohon keampunan kepadanya atas kelalaian ku menjaga keperluannya. Berpuluh-puluh pesanan ringkas aku kirimkan kepadanya tetapi tidak satu pun dibalas. Kadang-kadang aku hilang sabar. Hendak aku campakan sahaja telefon bimbit ke dinding tapi akhirnya hanya airmata yang mengalir menitis ke atas telefon..
“Saya maafkan awak. Saya pun salah dalam hal ni.”
Itulah satu-satunya pesanan yang aku terima yang membuat aku kembali bernyawa. Aku berharap sangat kami boleh baiki hubungan kami sama seperti dahulu. Aku tak kisah apa pun keputusannya tapi yang aku mahu supaya hubungan kami jernih semula seperti dulu. Aku tak mahu semua yang kami bina berkecai  begitu sahaja. Aku perlukan dia untuk meneruskan hidup ini. Kemaafan yang dia berikan membuat aku bersedia untuk menghadapi masa depan
Share:

Friday, December 02, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 7)

“Saya minta maaf kerana saya jatuh cinta dengannya.” Wajahya sugul“Awak betul sukakan dia..” Kataku perlahan. Mata aku mula berkaca.“Perasaan saya sekarang sama seperti pertama kali kita bercinta.” Dia menjawab.“Kalau macam tu awak kena belajar melepaskan..”“Lepaskan apa.. ? Lepaskan awak. Tidak, sekarang ni saya masih ada awak. Dengan dia saya masih tak pasti lagi. Bagi saya masa untuk berfikir..”  Suasana di meja makan sunyi. Aku mengumpul semangat untuk membalasnya.
“Jika awak pasti awak akan bahagia bersama dia sudah tiba masanya awak melepaskan saya. Saya tahu bila ini semua terjadi awk sudah pasti akan menyamakan dan membezakan antara saya dan dia dan saya tidak boleh menerimanya..” Aku sebak
“Saya masih ada awak awak. Saya sayangkan awak dan anak-anak.  Bg saya masa untuk buat keputusan..” Dia mendekat tanganku dipegang.
“Menunggu keputusan awak membuat saya terseksa. Saya tidak pasti sama ada saya boleh tertawa atau menangis diakhirnya. Menunggu awak bagai menunggu hari untuk ke tali gantung. .” Aku benar-benar kesedih an airmata tak mampu ditampung lagi.
“Awak berfikirlah masak-masak. Saya akan tunggu. Tapi jika dia membalas cinta awak, saya tak akan menunggu disisi awak. Saya akan pergi walaupun hakikatnya bagai membunuh diri..” Aku menyambung dalam tertahan-tahan dari tangisan. Makanan tidak lagi aku jamah. Aku rasakan bagai batu mengelonsor ke tekak. Aku bangkit mengangkat pinggan ke sinki. Di sana aku hamburkan segala kesdeihan yang tak mampu ku tampung seharian. Dadaku berombak bagaikan hendak pecah. Tangisan aku berlagu-lagu. Mujur anak-anak telah naik ke bilik jadi, kalau tidak haru biru dibuatnya.  Aku mengesat airmata dengan belakang tangan dan terus meletakkan pinggan yang telah kubasuh ke tempat pengeringan. 
Dalam tanganku menari-nari di sinki tetiba ku rasakan badanku dipeluk dari belakang. Serentak dengan itu airmata terus berjurai jatuh ke pipi. Suamiku menarik badanku ke dalam dakapannya. Dia mengusap-ngusap rambutku sambil aku masih tersenguk-senguk
“Saya masih cintakan awak seperti dulu..”
Dia mengesat airmata dipipiku. Dia cium pipi dahi ku. Mengingatkan aku masa pernikahan kami. Betapa gembiranya perasaan aku pada masa itu kerana akhirnya kami bersatu. Walaupun tiada majlis yang meriah dan kenduri-kendara diadakan tapi aku rasa sangat bersyukur dan bahagia pada masa itu. Aku masih belajar dan dia baru mula bekerja. Oleh kerana kami terlalu cinta, kami nekad untuk bernikah walaupun secara kecikl-kecilan. Ibu bapa tidak bersetuju tetapi kerana kami berkeras jadi mereka hanya menurut kerana takut perkara buruk berlaku.
Mengingatkan perkara yang aku lalui bersama-samanya, aku jadi bingung. Takkan tidak langsung terlintas difikiran bagaimana susah kami membina kehidupan ini bersama. Pada masa itu aku masih terkulat-kulat menghabiskan pengajian dan dia yang bekerja di syarikat swasta bergaji rendah. Sekadar cukup makan minum. Kami menumpang duduk di rumah orang tuaku dan kerana takdir Allah aku mendapat rezeki awal dan terpaksa menangguhkan pengajian kerana sarat. Kami bina kehidupan kami satu persatu. Dari sehari ke sehari Allah melimpah rezeki kepada kami. Lahirnya anak pertama kami, si suami dapat tawaran dari Jabatan Kerajan meringankan sikit bebanan kami sehari.  Tidak kurang dengan itu, selepas aku melahirkan anak kami kedua aku terus ditawarkan untuk menjawat jawatan di salah sebuah badan berkanun setelah tamat pengajianku. Dari situ kami berpindah keluar dari rumah orang tuaku dan membina syurga kami sendiri. Dari rumah sewa ke rumah sendiri, dari hanya sebuah kereta dan motor kini aku boleh berbangga memilikki kereta sendiri.
Semua itu memberi aku sekelumit senyuman dalam kesedihan yang ku tanggung kini. Nyawa bagai di hujung  tanduk. Kini terpulang pada suamiku untuk membuat keputusan. Aku akan  terima. Dulu aku tidak kisah kalau di madu. Kini aku sedar, berkongsi kasih bukan semudah yang disangka. Bila terbayangkan senyuman, gurauan dakapan dan kucupan si suami bukan untuk aku seorang, aku jadi kalut dan tak menentu arah. Jiwaku kusut dan fikiran bercelaru, terbayang wajah anak-anak, ibu dan ayah ku, serta para mentuaku. Bagaimana harus aku hadapi tatapan mata mereka. Maka jalan terbaik padaku adalah beralah. Jika keputusan berpihak pada wanita itu, aku akan mengundur diri bagi tidak mengeruhkan suasana. Suamiku berhak yang terbaik untuk dirinya dan keputusan itu adalah terbaik untuk aku dan anak-anak. .
Share:

Thursday, December 01, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 6)



Aku teruskan perjalanan hidup seperti biasa. Kali ini aku tidak pejabat bersama suamiku dengan motorsikal kerana dia perlu menghadiri mesyuarat awal pagi ini. Jadi keseorangan dalam kereta.  Airmata tak henti-henti mengallir mengenangkan apa yang berlaku pada diri ini. Ini semua berpunca dari aku. Kenapa aku tidak menyempurnakan diriku. Kenapa aku tak mempersiapkan diri aku menjadi wanita yang sempurna. Aku kesal kerana aku berkahwin dengan lelaki yang mudah mengubah perasaan.  Ku rasakan segala perasaan ku kaku. Remuk rendam rasanya hati ni mengingatkan semua yang berlaku. Aku rasakan bahuku menggalas sesuatu yang berat sehingga aku tak mampu mengangkatnya.
“Sya jatuh cinta dengannya tp sya tak pasti apa perasan dia pada saya. Sanggup ke dia menerima sya suami orang.” Suaranya perlahan, serentak dengan itu airmata aku berjurai-jurai ke lantai.

Dalam kereta aku meraung. Badan aku tersentak-sentak menahan sebak. Sampai hati dia buat aku begini. Jahat sangatkah sehingga aku menerima ujian sebegini berat. Seksanya menerima bahawa cinta antara kami semakin pudar. Apa ertinya kehidupan yang telah kami bina selama ini. Adakah sekadar mengisi masa lapang. Hati aku bagai dipukul-pukul bila teringatkan masa kami bersama. Tidak dapat aku bayangkan bila semuanya berakhir. Bagaimana dengan anak-anak, dan keluarga masing-masing yangperlu dihadap untuk penyelesaian yang tidak kucar-kacir. Makin serabut aku dibuatnya makin kuat raungan aku dalam kereta. Kerata sebelah menyebelah tidak kuhiraukan. Kalau mereka memandang pun biarkan. Aku tak mahu mengendahkannya. Sedar tak sedar aku telah sampai ke pejabat. Berat betul kaki aku melangkah naik ke pejabat. Bagaikan batu terikat di kaki ini, kepalaku rasa amat berat sekali.  Aku mengambil keputusan untuk bersandar sebentar didalm kereta sementara ada masa. Airmata terus mengalir tidak tentu hala. Rasa dada bagai di hempap benda yang maha berat. Aku bergerak perlahan ke pejabat.
Waktu di pejabat aku rasakan terlalu perlahan buatku. Aku bagaikan menanggung seksaan yang maha berat. Air mata aku bagaikan air hujan yang tak berhenti mengalir. Puas ku pujuk hati agar bersabar dan berhenti mengangis. Tetapi aku tak mampu menahannya. Tak mahu kawan sekerja tahu derita yang aku tanggung, aku ke tandas dan  duduk berendam air mata disana. Setelah lega dan fikiranku tidak lagi kusut baru aku kembali ke tempat dudukku. Sesekali bila perkara itu terlintas dikepala, automatik airmata mengalir. Aku kesat dengan tisu sepantas mungkin dan kembali bekerja. Kesibukkan melayan perkara yang datang bertubi-tubi di atas meja membuatkan aku sedikit terleka dan tidak memikirkan sangat perkara itu.
Perjalanan ke rumah aku rasakan amt jauh sekali, bagaikan berliku-liku jalannya. Kalau selalu aku akan memasangkan radio di dalam kereta. Tapi kini setiap lalu yang dipasangkan menyeksa halwa telinga aku. Jadi dalam keadaan kereta yang kosong terus menjadi suram dan sunyi kerana radio tidak berkumandang. Kelajuan yang mampu ku bawa hanya sekadar 60KM/j kerana selepas itu aku akan jadi tak menetu kerana mata terus dikaburi airmata yang tak berhenti-henti mengalir. Sepanjang hari ini aku hanya bertemankan airmata. Sampai di rumah, kaki tak mampu melangkah keluar dari kereta. Aku tak tahu bagaimana nak menghadapi suamiku bila melangkah masuk ke rumah kelak. Aku turutkan jua kaki melangkah dan nasib aku agak baik kerana aku masih tidak nampak kelibat suamiku. Bila aku menjengah ke atas , rupa-rupanya dia tengah mengerjakan solat dan sedang mengucapkan salam. Jadi aku terus ke bilik mandi tanpa sepatah kata.
Share:

Tuesday, November 29, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 5)



Berminggu selepas itu hubungan kembali baik seketika. Ini kerana kami masih memikirkan kasih sayang yang  terpupuk sekian lama dan anak-anak yang amat dikasihi. Tak sanggup rasanya melihat hidup mereka sengsara oleh kerana kami pentingkan diri sendiri. Mereka buah hatiku. Mereka racun dan penawar hati ini. Biarlah aku sedikit sengsara demi kebahagiaan mereka.
Sekembali aku ke rumah suamiku dia memang melayan aku sepenuh jiwa. Kasih sayangnya bagai selautan bandingnya. Aku sangat-sangat bahagia. Tidak sedikit pun aku rasa cela isebalik segala layanannya terhadapku. Aku rasa bahagia. Mungkin itu semua kehendak Allah yang membuka hati dan perasaannya. Kami semula melayari bahtera seperti biasa malahan makin bermakna. Anak-anak nampak makin ceria dengan keintiman kami berdua
Tetapi itu semua tak lama, dia mula kembali mengulang perangai lama. Memang yang lama telah dibuang ketepi. Kini yang baru menjelma lagi. Pada mulanya aku dapat membau kecurangan diri si suami tetapi hanya berdiam diri kerana tak mahu kepercayaan itu goyah kembali. Aku hanya memerhati perlakunya sambil berdiam dan berlagak seperti biasa. Aku nampak telefon bimbitnya tak pernah lekang ditangan.  Pantang sekali aku namapak telefonnya terbiar begitu sahaja. Di apitnya kemana sahaja pergi walaupun ke tandas. Kadang kala bila telefon berbunyi, diangkatnya di luar rumah dan dri sliding door yang lutsinar aku perhatikan tingkahnya. Tersenyum, tergelak sedikit kemudian bila nampak aku memerhatikannya. Dia cepat-cepat meletakkan telefon.  Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini melihat segala perlakuannya. Hancur segalanya.
Malam itu juga aku bersemuka dengannya. Aku mahu dia berterus-terang tetapi dia mengelak. Katanya dia tak mahu membincangkannya didepan anak. Aku sabar, aku tunggu anak-anak tidur. Kemudian aku masuk ke bilik tidur. Aku lihat dia masih lagi tidak melelapkan mata. Aku mengambil  lapik tidur dan selimut dan menggerakkan badan ke lantai berdekatan. 
“Tidurlah kat atas katil…” aku memintas
“.. supaya awak boleh tidur di bawah (ruang tamu). Tak payah.”
Aku terus membaringkan kepala di lantai. Mata tak mampu dilelapkan.  Hati aku sebak , kepala tak mampu berfikir. Dia datang memeluk aku, serentak airmata mengallir. Aku meraung pada bantal, tersentak-sentak badanku dibuatnya. Aku duduk, bersemuka dengannya. Bertanya tiadakah lagi kasih sayang dia pada aku. Dia benar-benar berubah. Tiada lagi pesanan ringkas seperti yang aku terima selalu. Tiada lagi panggilan kasih sayang, pujukan cinta yang selalu dia luahkan padaku. Dia terdiam dan mengeluh. Dia swndiri kurang pasti, dia perlukan masa untuk berfikir. Bertubi-tubi soalan aku ajukan padanya.  Hanya kebisuan yang aku terima dari dirinya. Kalau adapun jawapan yang aku terima, aku tahu tiada yang ikhlas. Dia bagaikan tak mahu melihat wajah aku ni. Ada kegelisahan dan perasaan serba salah menghuni dalam setiap butir yang diperkatakan. Aku sendiri tak tahu apa kesudahannya. Dia sendiri tak pasti dengan rumahtangga kami. Dia tiada jawapan pasti untuk dipersembahkan pada aku. Dia bangun dan berlalu pergi . Aku pun tidak mahu memikirkan natijahnya nanti. Airmata hanya mengalir menemani aku malam itu..
Share:

Sunday, November 27, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 4)



Tangan menari2 menyemaskan meja lepas makan malam. Anak-anak sibuk menghabiskan sisa makanan. Aku ingin mengeluh tetapi hanya bersabar dgn karenah mereka.. Si suami dah sedia di depan kaca tv.. Sesekali aku mengerlingnya yg tak lekang dgn telefon bimbit di tgnnya.. Hati berbara tetapi aku masih menanti tindakan selanjutnya.. Aku ke dapur membasuh pinggan mangkuk yang dah dua hari tek terusik. Sengaja kutinggalkan utk melihat siapa yang akan menyentuhnya. Telahan aku tepat akhirnya aku sendiri terpaksa menggerakkan tangan mencuci semuanya.

Tiba-tiba aku tersentap. Dia akhir tugasku aku terpandang si suami tersengih2 smbil telefon terlekap di telinganya. Spontan kain yang mengelap meja melayang hinggap atas kepalanya.. Aku hanya merenungnya tepat. Dia meletakkan telefon..

'Dia kawan jerla.." Suara yang terkeluar dari bibir si suami bagaikan angin lalu..

Aku terus ketingkat atas.. Aku bukan jenis suka untuk mengherdik dan memekik. Panggilannya tidak ku peduli.. Aku terus mengunci pintu.. Airmata bagaikan hujan turun tidak kusedari.. Akhirnya aku menangis.. Aku lepaskan segalanya dalam tangisan aku. Aku sendiri xmengerti mengapa dia membuat aku begini. Aku tahu aku banyak kelemahan.. Tapi aku tidak cacat, tidak pula mandul. Bahkan dia juga ad kelemahan dan kadang kala menjengkelkan tapi tak pernah sihati ini terniat untuk mengkhinati dirinya. Walhal teman sekerja bertanya kerja pun sudah cukup buat dia cemburu dan curiga. Telefon aku tak pernah berbunyi di mlam hari.. Kalo ad pun mesti dari kampung.. Aku hilang akal, buntu. tak tahu aper yang perlu lakukan lagi. Pintu diketuk bertubi ku rasakan bagaikan pukulan ke hati.. Fikiran ku kusut dan berserabut. Kenapa mesti dia sakitkan hati selepas semua yang telah aku lakukan.

Pagi esoknya aku tak menunggu lama. Aku himpunkan semua pakaian kedalam beg lalu disumbatkan dalam bonet kereta. Anak-anakku ku bawa sekali. Mereka hanya akur. Aku sudah tidak nampakk apa-apa lagi selain dari tidak lagi berada disampingnya. Hati aku berasa berat tapi apakan daya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tidak pernah aku rasakan sebegitu teruk dikecewakan. Aku rasakan langit bagai runtuh menghempapku.

Perjalanan ke rumah mak amat jauh aku rasakan. Lagu dimainkan radio hanya menambah luka ke dalam hati. Aku menutup radio. Air mata tak berhenti menitis aku kesat tanpa henti. Anak-anak bagai memahami hanya duduk mendiamkan diri walaupun mereka selalunya tidak duduk diam. Sampai diselekoh masuk simpang ke rumah ibuku aku mengesat sisa-sia kesedihan diwajahku. Nanti banyak pula soalnya. Aku tidak tunggu lama di rumah ibuku hanya sekadar meninggalkan anak kemudian aku beransur membawa hati. Semua pertanyaan ibu bagai angin yang lalu. Sepatah pun aku tak jawab. Aku hanya terus pergi membawa hati yang cedera parah dilanggar suami sendiri. Beginikah berakhirnya segalanya..? Tak pernah terlintas di fikiran ini..
Share:

Friday, November 25, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 3)

"Saya dah beritahu dia.” Dia bersuara, tunduk melindungi mukanya.
“Bagitau aper?” Aku keliru.
“Saya sms dia beritahu saya dah kahwin. Dia terus tak balas..” Dia masih menunduk..
Aku tersenyum.. Refleks. Aku pun tak sangka. Bagaikan batu yang menghempap dada diangkat sedikit tetapi masih menghempap. Aku sendiri tak tahu mengapa sepatutnya aku lega bila si gadis mula menghindar suamiku. Tetapi melihat keadaan si Suami yang seakan ‘ kalah judi’ buat aku rasa aku masih lagi tersisih. Adakah suamiku sudah jatuh saya pada si dia.. Keadaan menjadi hening, hanya kedengaran suara anak-anak dan televisyen. Aku bangkit tanpa sepatah kata.. Kaki melangkah lemah menaiki tangga untuk ke bilik mandi, tapi sampai di katil aku duduk dan termenung. Kenapa dia bersikap bergitu. Tak cukup baikkah layanan ku padanya selama ini? Apalagi yang perlu aku lakukan? Aku berbaring, tampa aku sedari aku tertidur. Alu terjaga saat ada tangan menyentuh..
“La tidurke..? baru nak ajak keluar gi beli barang?” Aku duduk. Diam.
Mataku mengekori dia menuruni tangga. Mengeluh.. Aku bangkit terus ke bilik mandi. Habis membersihkan diri aku turun dan makan.. Sunyi.. Tiada lagi perkataan keluar dari mulut masing-masing hanya riuhan suara anak-anak membuat suasana sedikit meriah. Mengapa aku begini? Kenapa aku tak tanya jer dia. Lagi lama ko pendam lai sakit hati ko. Tapi apa aku nak tanya? Dia dah beritahu semuanya. Aku yang menipu diri sendiri aku yang membenarkan semua ini terjadi.
“Esok malam saya nak pergi rumah norini..” Suara itu betul-betul menikam hati.
Aku terdiam. Air nescafe yang ku hirup bagai duri mengalir ke tekakku.  Tujuannya hanya kerja, projek pengubahsuaian rumah ibu angkat si gadis. Tapi hati aku masih berkocak hebat. Mestikah dia pergi? Aku diam dan kembali menghabiskan sisa makanan. Terus kedapur mennyiapkan segala tugas di dapur. Kedengaran pintu hadapan ditutup. Aku mengintai, dia sudah tiada yang terlihat hanya anak-anak sedang sibuk dengan buku mewarna mereka.
Malam itu tak tahu pukul berapa dia balik ke rumah. Anak-anak sedang lena, yang aku tahu aku naik ke atas selepas terjaga dari lena di sofa. Esok paginya aku bangun awal dan terus bersiap untuk pergi kerja. Anak ku kejutkan meminta dia membangunkan ayah. Setelah menyiapkan anak2 aku terus hantar mereka ke sekolah.  Aku tak tahu apa jadi pada suami ku kerana aku terus ke tempat kerja. Dia pun tidak menghubungi aku sepanjang hari. Aku rasa dia terlampau seronok semalam sehingga lupa akan isteri dan anak-anak. Tanpa ku sedari airmata mengalir  membasahi ruang pipi..
Share:

Wednesday, November 23, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 2)


“Kita Cuba.. ”  sambil dia memegang tanganku
Aku ingat lagi masa tu, aku sendiri tak menyangka yang aku akan bercinta dengan suamiku.. Dia bukanlah siapa-siapa. Aku mengenali dia melalui teman yang pernah menaruh hati pada aku. Indah sungguh waktu itu. Walaupun aku sendiri tak menyangka yang kami akan bercinta kerana dia tak masuk dalam short list lelaki idaman aku..  Tapi aku tetap menerima sekadar mencuba. Kalo tak serasi kami akan berpisah secara baik..Semua berjalan dengan baik. Kami sering bersama jika ada masa. Segalanya indah belaka. Aku amat menyenangi dia walau pun tiada lagi rasa sayang dalam hati ini. Dia tak cerewet dan senang didekati. Dia lucu dan aku tertawan dengan senyuman dan gelak tawanya.
Mengingati kenangan membuat aku tersenyum seorang diri. Tapi kini aku semua tu tak bermakna lagi.. Kami semakin kurang duduk bersama. Dia sering mencari alasan untuk tidak berada dirumah.. Alasannya kerja. Baru-baru ni dia mendapat projek yang diusahakan bersama kawannya. Aku semakin sepi. Makin sakit hati ini bila mendengarnya . Mana taknya projek tersebut bekenaan dengan gadis tersebut, mak si gadis minta mereka mengubahsuai rumah mereka. Makin galak la mereka bersama. Dalam tak sedar airmata menitis tak berhenti. Beginikah berakhirnya cinta kami.  
Dari jauh kendengaran kenderaan masuk ke rumahku. Sudah pasti suamiku pulang dari rumah kekasihnya. Aku mengesat airmata tak guna bersedih. . Aku berpura-pura sibuk membasuh pinggan mangkuk di singki. Perlahan-lahan kerana bilangannya tak seberapa. Kemudian aku ke bilik pakaian memasukkan baki pakaian ke dalam mesin basuh.. Dia sedang duduk di depan melayan tv. Anak-anak sudah lama masuk tidur. Tan pa berlengah aku terus ke tingkat atas keranan tak sanggup mendengar kemesraan mereka bersama.
Dia menuruti dari belakang dengan tuala dan terus kebilik mandi. Aku terus kekati l dan berpura-pura tidur. Air mata menitis lagi mendengar dendangan sumbang sang suami dalam bilik mandi. Bahagia sungguh sang pencinta sehingga lupa bahawa aku masih disini.. Aku mengesat airmata agar tidak tumpah ke katil.. Kedengaran pintu di buka dan ditutup menandakan dia habis mandi. Aku terus tidur berpura tidak mendengar. Dia mengusik dan mengejut aku.
“hmmm… nak apa?”
“Dah tidur ker?”
“Saya nak cerita ni dengarla. “
 Aku berpaling ke arah bertentangan, tak sanggup mengadap mukanya. Berpura kaku dan tidak mendengar. Hati ini akan bertambah runtun. Di bagai berputus asa kemudian baring dan kami tertidur..
Share:

Monday, November 21, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 1)


Ini semua berpunca dari diri sendiri. Tak kisah konon.. Tak peduli. Terpulang. Sekarang diri sendiri yang sakit hati. Memang pada mulanya aku memang tak kisah. Tetapi bila setiap kali menyeut namanya aku rasa marah.. Suamiku nampak bahagia. Tak bahagiakah dia dengan aku.
Semua ini salah aku. Memang dia banyak kali tanya. Kenapa aku tak kisah jika dia menduakan  aku, jika dia kahwin satu lagi, aku tak sayang ker dengan dia. Memang aku tak kisah sebab bila Allah SWT memberi keizinan kepada muslimin untuk berkahwin lebih daripad satu, maknanya Allah SWT ada sebabnya yang sendiri. Dia tahu umatnya mampu dan ia tidak memudaratkan sesiapa tetapi terpulang pada mereka untuk mentadbir hidup mereka agar tiada yang teraniaya. Dia juga ada mengingatkan bahawa bila seseorang lelaki itu kahwin lebih daripada satu. Sebelah kakinya telah tersedia di Neraka. Jadi pada aku, bukan aku yang cari penyakit.. Lagi-lagi kalau aku yang tolong pinangkan aku dah dapat payung emas Siti Fatimah A.R. Apa aku nak risau..
Setiap yang sesuatu yang ganjarannya terbaik di Syurga perlu ada balasannya sakit  di dunia. Memang senang kata dapat payung emas, tapi hati wanita tetap sama. Tetap lembut dan mudah terusik.. Tetap sedih bila sesuatu yang sepatutnya mutlak miliknya terpaksa berkongsi dengan orang lain. Walaupun belum tentu dia perlu berkongsi. Wanita tetap wanita. Walaupun mulutnya tidak menyatakan sayang tapi diwajahnya jelas kelihatan. Itu sebabnya Islam meletakkan wanita sama seperti lelaki Cuma pada pandangan yang berbeza. Apalagi bila dia menjadi seorang Ibu. Sangat beruntung kerana syurga terletak dibawah tapak kakinya.
Memang kami tak pernah berahsia. Dia bercerita setiap wanita dan gadis yang dijumpainya. Kadang-kadang aku tak amik kisah sangat dengan siapa dia berkawan. Sehingga hadirnya seorang gadis yang juga aku tak hiraukan.  Tetapi sejak kehadiran si gadis, suamiku tak berubah dia tetap melayanku baik tetapi bibirnya tak henti bercerita. Senyumnya tak pernah lekang. Telefon bimbitnya tak pernah berhenti menyanya. Lepas satu pesanan ke satu pesanan. Aku hanya memerhati cuba untuk ketepikan rasa tidak enak. Tetapi sesuatu mengusik hati. Aku cuba berbuat selamba tetapi aku tahu aku terusik.
“Dia comel, macam awak. Clumsy pun cam awak. Bawa kereta kejap kiri kejap kanan. Tak buka lampu.. hehe..  Memang macam awak. Saya sekarang rasa macam mana saya kenal awak dulu”
Aku hanya senyum dan dengar.  Tapi hati bagai dihempap dinding runtuh.
“Heheheh.. Saya cakap jangan marah yer.. Saya angau la dengan dia..”
Hanya senyuman dan tertawa yang keluar dari bibir ini. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu..  Inilah dugaan yang maha hebat yang pernah aku lalui. Tak terlintas difikiran bahawa aku akan menghadapi situasi begini. Bila dah terhantuk baru nak tergadah. Baru aku dapat rasakan bila orang cakap tak da selera nak makan. Tak boleh tidur malam.. Inilah perasannya.
Aku cuba untuk berterus-terang dengannya tetapi mulut ini  terkunci.. suara tersekat dikeronkong. Tak mampu nak bersuara. Hati terus membisu. Aku selalu akan masuk tidur awal supaya tak selalu berbicara dengannya. Selalu buat-buat sibuk mengelak dari sesuatu yang tidak enak berlaku..  Adakah betul apa yang aku lakukan ini..? Terus bersembunyi dari kebenaran dan menyimpan segala pedih dihati.. Apakah yang terjadi nanti. Aku sendiri pun tak pasti..

Ikuti sambungannya nanti..
Share:

Tuesday, May 03, 2011

Script untuk elak dari Plagiarsm... (Blogger.com)

Salam...

Ada sesetengah blog yang ada nilai tersendiri seperti blog designers or inventors yang memerlukan hasil karya mereka untuk dilindungi agar tidapat di plagiat (plagiarism) atau bahasa ibundanya ditiru oleh orang lain.. Ini adalah demi kebaikan mereka supaya tidak ada sesiapa yang dapat memunipulasikan rekaan mereka untuk kepentingan diri sendiri. Untuk this chapter of meja programmer jadi saya akan publish satu script yang diyakini boleh mengelakkan dari karya atau hasil blog anda ditiru digunakan sesuka hati...



Cara guna
Kalau guna page html biasa jadi script ini boleh terus diletakkan sebelum perkataan <.\head>. Boleh juga dilakukan di blog tetapi ia lebih mudah jika kita gunakan widget untuk melaksanakannya
  1. Pada blog buka pada tab DESIGN>> Page Element
  2. Pergi pada Add a Widget
  3. Tampal script kat bawah ni:
  4. <script>
    var isNS = (navigator.appName == "Netscape") ? 1 : 0;
    if(navigator.appName == "Netscape")
    document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN||Event.MOUSEUP);
    function mischandler(){
    return false;
    }
    function mousehandler(e){
    var myevent = (isNS) ? e : event;
    var eventbutton = (isNS) ? myevent.which : myevent.button;
    if((eventbutton==2)||(eventbutton==3)) return false;
    }
    document.oncontextmenu = mischandler;
    document.onmousedown = mousehandler;
    document.onmouseup = mousehandler;
    </script>


      Share:

      Monday, August 09, 2010

      Meletakkan Linkwithin di Blog


      Kita selalu tengok macam ada thumbnail featured post yang link to the original article right.. Aku dah start cakap keling da ni.. ok.. Selalunya diorang pakai LinkWithin untuk mengadakan thumbnail tersebut. Dalam blog ni pun ada tapi tak nampak.. Kalo ketara dekat blog yang ini : SePerTi YaNg DuLu. Rajin-rajin la jenguk.. Dalam blog ni linkwithin aku pakai bullet..Senang jer adakan benda tuh kat blog korang cuma perlu pergi kat website LinkWithin tu tadi. Yang PENTING SEKALI korang mesti dah tersedia LOG IN to Blogger. com
      1. Isikan borang tersebut
      2. Lepas tuh klik get widget dan page macam kat bawah akan terpapar:

      3. Klik link install widget. Untuk install dalam blog

      4. Bila dah klik paparan macam kat bawah akan terpapar

        **Kalo korang ada lebih dari satu blog.. Dropdownlist tu akan ada semua list blog korang..

      5. Lepas tuh cuma tekan add widget. Secara auto dia akan letakkan satu widget tersedia dekat blog design korang. Lebih kurang macam ni
      Dah pun siap.. maknanya dalam blog dah ada thumbail yang akan paparkan artikel-artikel lain yang mungkin kawan-kawan korang berminat..
      Share:

      Tuesday, July 27, 2010

      Title PaGe BerGerAk-Gerak


      Korang mesti tengok ada blog kengkawan kita yang Title page diorang bergerak-geRak. Dalam Kamus Programmer kitorang dipanggil marquee..
      Untuk buat marquee di body agak mudah dibanding nak buat kat title page. Sebab kat Title page kena guna javascript.. Dulu aku selalu buat jadi aku amat berterima kasih dengan kecanggihan internet aku boleh recall balik apa yang aku belajar dulu..

      Ok untuk marquee yang biasa orang buat pada body contoh adalah seperti dibawah


      dia akan pusing sepanjang keluasan page.. untuk menghadkan dia


      Untuk mengubah haluan bertentangan

      Seperti YaNg DuLu

      atau menaik

      Seperti YaNg DuLu

      ...............
      OK untuk kemuncaknya adalah untuk marquee to the blog title

      Kod ni dimasukkan dalam ruangan head. Cara nak masukkan adalah korang gi kat Design >> Edit HTML , Lepas tuh cari bahagian "<>" paste kod.

      Share:

      Monday, July 26, 2010

      Meletakkan Muzik untuk Blog page

      Ada beberapa yang blog yang telah aku tengok menletakkan background music dekat blog diorang.. Sweet jugak.. Lagu tu melambangkan diri diorang... Aku pernah letak jugak.. tapi lelama agak menyemakkan juga.. Ada beberapa cara yang aku jumpa.. Ada yang menggunakan online tools seperti website

      http://www.myflashfetish.com/
      http://www.divshare.com/

      ni cuma masukkan URL blog dan upload MP3 dia akan generate script yang korang boleh masukkan kat widget atau html pages.. dan banyak lagi page lain yang mengoffer perkhidmatan sebegini..
      Kalo perasaan semua ni sebenarnya menggunakan flash player.. kita pun boleh buat sendiri. Tapi samada mahu atau tak jer.. paling tak best ada iklan yang dorang tampal-tampal. Nanti ada link untuk ke website dorang..Aku tak suka sebab ada player control dan auto play dia lambat..

      Macam aku buat kat bawah ni pun sama. Yang ni aku buat sendiri but still ada iklan sebb s/w tak registered cuma link tak da dan takda control button .. Jadi korang pun leh cuba.. Paling penting kena ada satu online sharing folder supaya dapat simpan fail korang.. So dia boleh panggil fail tuh bebila masa such as 4shared or hugedrive..

      So selamaat mencuba..

      Lagu: Permaisuri Artis:Data





      *** untuk URL masukkan URL fail swf anda

      Share:

      Thursday, July 22, 2010

      Pengenalan Kepada Blog

      Aku bukan rajin sangat nak buka blog banyak.. yang ada satu tu pun tak terlayan nak update. Tetapi atas keperhatinan aku dengan kawan-kawan so aku buat blog ni supaya boleh jadi rujukan bukan sahaja kawan-kawan tetapi semua yang ingin belajar lebih lanjut tentang aplikasi yang ada.Buat sementara ni aku akan cover on blogspot and sedikit mengenai ms sharepoint and simple aspx (.net). Resources semua aku amik dari trusted side. Kalo dorg ajar salah. Aku ajar pun salah la yer..

      Kawan-kawan ramai yang ad blog tetapi hantar post setahun sekali.. widget tok sah cakap la.. tapi itu tak penting.. Yang penting apa sebenar nya blog ni..
      ❝ Short for Web log, a blog is a Web page that serves as a publicly accessible personal journal for an individual. Typically updated daily, blogs often reflect the personality of the author.❞
      atau dalam bahasa melayunyer
      ❝ Laman web yang mengandungi bahan peribadi seseorang boleh diakses sesapa sahaja. Selalunya dikemaskini setiap hari dan menggambarkan personality seseorang itu❞

      Apa tujuan korang buat blog ni. ader ker sebab semua ada blog korang pun nak juga.. Dulu aku pun rasa camtu juga dulu tapi bile difikir-fikir banyak juga aku bleh buat dengan blog ni.. boleh tolong orang. Boleh kongsi apa yang kita jumpa.. Yang paling penting bleh juga buat $$$$.. hehehe.. pendapatan tambahan.. Aku akan publish satu persatu blog dan mungkin dua tiga tutorial yang len.. ikut permintaan jangan malu nak tanya aku akan sedia upaya menjawabnya..okies..
      Share: