Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, October 08, 2012

Bila Share Button hilang

Banyak kali juga benda ni terjadi pada aku bila bergelumang dalam dunia blog ni.. Yerla nak design blog sendiri tak pandai.. suma amikk design free yang ada kat internet.. Lepas tu satu2 benda tak ada.. Marah ada geram pun ada.. Nak revet balik lupa plak nak backup.. Ni satu cara penyelesaian nya



Pertama aktif option Share Buttons!
Untuk mengaktifkan Share buttons anda kena pergi dekat Layout>>Edit blogpost. Akan keluar satu pop-up Post page option seperti diatas. Cuma perlu tick Show Share Buttons pada page tersebut.




Kedua, Jika Share Buttons masih tak Keluar
Oleh disebabkan blogger dah disable kan blogger editor yang lama jadi ikut langkah-langkah seperti dibawah:

(a) Buka Seksyen Template.


(b) Klik pada 'Edit HTML'

(c) Satu laman baru akan terpapar . Klik pada 'Proceed' untuk terus mengedit.

(d) Check pada CheckBox Expand Widget Templates . Page akan auto-refresh.
Cari Kod seperti dibawah:

<data:post.body/>

dan gantikan dengan kod seperti berikut

    <data:post.body/>
<div class='post-share-buttons'>
<b:include data='post' name='shareButtons'/>
</div>

(e) Ok dah.. Klik pada  Preview button dan anda akan nampak Share button pada sebelah kanan bawah post anda.. Tapi save template anda dulu.


(2) Bagaimana nak paparkan Share button hanya pada post page
Seharusnya Share button akan terpapar pada semua laman anda. Ia agak semak dan kelam kabut dan ada sesetengah blogger hanya suka pada blog pages sahaja. Untuk melakukan seperti yang tersebut. anda perlu melakukan if else condition yang agak ringkas. Lepas menggantikan kod di bawah
 anda boleh menmbah kod seperti berikut.

<data:post.body/>

  
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div class='post-share-buttons'>
<b:include data='post' name='shareButtons'/>
</div>
</b:if>



Selamat Mencuba...
Share:

Monday, December 05, 2011

Simple Automatik Watermark

source :http://www.webmastervideoschool.com

Jenuh rasanya nak watermark semua image kita upload dekat website so  untuk memudah kan me'watermark' kan semua gambar yang ada. Kat sini aku ada satu cara untuk automatik ada watermark bila kita upload gambar. Ini satu cara yang mudah untuk difahami tapi agak leceh di aplikasi.


      1. Pertama kena sedia kan satu PNG file yang background dia treansparent. Yang aku buat seperti yang  ada atas gambar tu kemudian.
      2. Kemudian pergi ke Design >> Edit Html dan cari perkataan ni "]]< \b : skin>;".
      3. Sebelum perkataan tu berakhir. Taipkan seperi berikut :
/*------watermark------*/
.watermark {
position: relative; top: -100px;
}
        4. Kemudian Save Template

untuk pada blog anda jika ada gambar, letakkan gambar yang PNG (eg : watermark.png) dibawah gambar yang hendak diwaterarkan itu. Contohnya macam ni
Jadi hasilnya adalah seperti yang dibawah ini... 



Selamat mencuba..
Share:

Monday, November 14, 2011

Blogger on the Go - Email..

Mesti sebelum ni korang semua pelik sebab ada gambar plak kat blog ni.. Itu aku antar melalui email. Post by email untuk blogger tidak begitu diwar-warkan kerana fungsi nyer terhad. Jadi sekadar ingin mencapai rencana still boleh

Post On The Go

Selain dari menggunakan telefon sms dan mms untuk menghantar blog post. Ia agak leceh kerana pengguna kena redeem plak blog tersebut the blog on the go. Tetapi dengan menggunakan Email pengguna boleh terus menerbitkan blog dengan hanya menghantar email. Dengan kecanggihan telefon yang ada sekarang.  Jadi perkara tersebut tidaklah sukar. Dengan adanya fungsi tersebut blog anda boleh dicapai dan diakses dimana-mana. 



Untuk setup fungsi berkenaan. Pengguna perlu ke dashboard blogger dan setup di gambar telefon dan sampul surat seperti dibawah



Untuk mms atau sms, pengguna perlu menekan gambar telefon tersebut kemudian satu kod akan terjana yang perlu dihanta ke BLOGGR (256447) via SMS (atau go@blogger.com via MMS) supaya sistem dapat mengenalpasti identiti telefon. (Buat masa ni hanya di US).  So kenalah guna email.



Untuk itu jadi didsebelah icon telefon to ada icon email kan. Jadi tekan jer, akan keluarlah pop-up dibawah. usernamestring telah ditentukan pada awal masa mendaftar dengan blogger. Asalnya selalunya dari email yang kita gunakan masa memulakan pendaftaran blog. secretwords tu aper-aper perkataan yang korang boleh ingat. Kadang-Kadang blogger ada lebih dari satu akaun jadi secretwords tu yang membezakannya. Untuk email korang leh hantar gambar dengan menjadikan is sebagai attachment. Tetapi yang tak bestnya korang tak leh nak format, label dan set kan waktu untuk post tersebut di 'publish' kan




JJadi itu serba sedikit macam mana kalau korang nak post blog bila korang tak ada laptop atau korang hanya ada smartphone untuk menghantara post yang menarik yang perlu dihantar segera ke post. 
Sekiamn
Share:

Tuesday, May 03, 2011

Script untuk elak dari Plagiarsm... (Blogger.com)

Salam...

Ada sesetengah blog yang ada nilai tersendiri seperti blog designers or inventors yang memerlukan hasil karya mereka untuk dilindungi agar tidapat di plagiat (plagiarism) atau bahasa ibundanya ditiru oleh orang lain.. Ini adalah demi kebaikan mereka supaya tidak ada sesiapa yang dapat memunipulasikan rekaan mereka untuk kepentingan diri sendiri. Untuk this chapter of meja programmer jadi saya akan publish satu script yang diyakini boleh mengelakkan dari karya atau hasil blog anda ditiru digunakan sesuka hati...



Cara guna
Kalau guna page html biasa jadi script ini boleh terus diletakkan sebelum perkataan <.\head>. Boleh juga dilakukan di blog tetapi ia lebih mudah jika kita gunakan widget untuk melaksanakannya
  1. Pada blog buka pada tab DESIGN>> Page Element
  2. Pergi pada Add a Widget
  3. Tampal script kat bawah ni:
  4. <script>
    var isNS = (navigator.appName == "Netscape") ? 1 : 0;
    if(navigator.appName == "Netscape")
    document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN||Event.MOUSEUP);
    function mischandler(){
    return false;
    }
    function mousehandler(e){
    var myevent = (isNS) ? e : event;
    var eventbutton = (isNS) ? myevent.which : myevent.button;
    if((eventbutton==2)||(eventbutton==3)) return false;
    }
    document.oncontextmenu = mischandler;
    document.onmousedown = mousehandler;
    document.onmouseup = mousehandler;
    </script>


      Share:

      Monday, August 02, 2010

      MeNggUnAkan Other TemPlate SeLAin Dari BloGGer..

      Ramai yang tengok ada setengah-setengah blog mempunyai reka bentuk @design yang lain daripada yang lain dan agak cantik.. Sedangkan kita hanya menggunakan Template design yang disediakan oleh blogger. Kalo ada pun setelah beberapa kali cuba nak apply kat Blog tapi tak berjaya.. Tapi tuh semua senang jer.. Cuma kita kena tahu blog kita guna progran aper.. contoh kalo blogger.com gunakan xml.. So kalo guna coding lain memang tak jalan..

      1. First skali kena cari xml template kat google.. tak kesah la katmana.. Yang saya tau..
      2. http://www.pyzam.com/

        dia ada pelbagai jenis template untuk blogger side yang free. Sebab ada yang berbayar..

      3. Pergi dekat Design >> Edit HTML.

      4. Akan keluar satu editor untuk edit html seperti dibawah



      5. Cuma perlu browse dan pilih template yang dah download tadi. Kenapstikan dia .xml tau.. dan tekan upload.. jangan terus save template.. Nanti tak jadi..

      6. Ok bila dah nampak rajah seperti dibawah.. bermakna blog template anda telah bertukar.. Dan boleh tengok kat Page element untuk buata apa yang patut ..
      Ok tu saja kot untuk kali ini.. Selamat mencuba..
      Share: