Thursday, December 01, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 6)



Aku teruskan perjalanan hidup seperti biasa. Kali ini aku tidak pejabat bersama suamiku dengan motorsikal kerana dia perlu menghadiri mesyuarat awal pagi ini. Jadi keseorangan dalam kereta.  Airmata tak henti-henti mengallir mengenangkan apa yang berlaku pada diri ini. Ini semua berpunca dari aku. Kenapa aku tidak menyempurnakan diriku. Kenapa aku tak mempersiapkan diri aku menjadi wanita yang sempurna. Aku kesal kerana aku berkahwin dengan lelaki yang mudah mengubah perasaan.  Ku rasakan segala perasaan ku kaku. Remuk rendam rasanya hati ni mengingatkan semua yang berlaku. Aku rasakan bahuku menggalas sesuatu yang berat sehingga aku tak mampu mengangkatnya.
“Sya jatuh cinta dengannya tp sya tak pasti apa perasan dia pada saya. Sanggup ke dia menerima sya suami orang.” Suaranya perlahan, serentak dengan itu airmata aku berjurai-jurai ke lantai.

Dalam kereta aku meraung. Badan aku tersentak-sentak menahan sebak. Sampai hati dia buat aku begini. Jahat sangatkah sehingga aku menerima ujian sebegini berat. Seksanya menerima bahawa cinta antara kami semakin pudar. Apa ertinya kehidupan yang telah kami bina selama ini. Adakah sekadar mengisi masa lapang. Hati aku bagai dipukul-pukul bila teringatkan masa kami bersama. Tidak dapat aku bayangkan bila semuanya berakhir. Bagaimana dengan anak-anak, dan keluarga masing-masing yangperlu dihadap untuk penyelesaian yang tidak kucar-kacir. Makin serabut aku dibuatnya makin kuat raungan aku dalam kereta. Kerata sebelah menyebelah tidak kuhiraukan. Kalau mereka memandang pun biarkan. Aku tak mahu mengendahkannya. Sedar tak sedar aku telah sampai ke pejabat. Berat betul kaki aku melangkah naik ke pejabat. Bagaikan batu terikat di kaki ini, kepalaku rasa amat berat sekali.  Aku mengambil keputusan untuk bersandar sebentar didalm kereta sementara ada masa. Airmata terus mengalir tidak tentu hala. Rasa dada bagai di hempap benda yang maha berat. Aku bergerak perlahan ke pejabat.
Waktu di pejabat aku rasakan terlalu perlahan buatku. Aku bagaikan menanggung seksaan yang maha berat. Air mata aku bagaikan air hujan yang tak berhenti mengalir. Puas ku pujuk hati agar bersabar dan berhenti mengangis. Tetapi aku tak mampu menahannya. Tak mahu kawan sekerja tahu derita yang aku tanggung, aku ke tandas dan  duduk berendam air mata disana. Setelah lega dan fikiranku tidak lagi kusut baru aku kembali ke tempat dudukku. Sesekali bila perkara itu terlintas dikepala, automatik airmata mengalir. Aku kesat dengan tisu sepantas mungkin dan kembali bekerja. Kesibukkan melayan perkara yang datang bertubi-tubi di atas meja membuatkan aku sedikit terleka dan tidak memikirkan sangat perkara itu.
Perjalanan ke rumah aku rasakan amt jauh sekali, bagaikan berliku-liku jalannya. Kalau selalu aku akan memasangkan radio di dalam kereta. Tapi kini setiap lalu yang dipasangkan menyeksa halwa telinga aku. Jadi dalam keadaan kereta yang kosong terus menjadi suram dan sunyi kerana radio tidak berkumandang. Kelajuan yang mampu ku bawa hanya sekadar 60KM/j kerana selepas itu aku akan jadi tak menetu kerana mata terus dikaburi airmata yang tak berhenti-henti mengalir. Sepanjang hari ini aku hanya bertemankan airmata. Sampai di rumah, kaki tak mampu melangkah keluar dari kereta. Aku tak tahu bagaimana nak menghadapi suamiku bila melangkah masuk ke rumah kelak. Aku turutkan jua kaki melangkah dan nasib aku agak baik kerana aku masih tidak nampak kelibat suamiku. Bila aku menjengah ke atas , rupa-rupanya dia tengah mengerjakan solat dan sedang mengucapkan salam. Jadi aku terus ke bilik mandi tanpa sepatah kata.
Share: