Monday, November 21, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 1)


Ini semua berpunca dari diri sendiri. Tak kisah konon.. Tak peduli. Terpulang. Sekarang diri sendiri yang sakit hati. Memang pada mulanya aku memang tak kisah. Tetapi bila setiap kali menyeut namanya aku rasa marah.. Suamiku nampak bahagia. Tak bahagiakah dia dengan aku.
Semua ini salah aku. Memang dia banyak kali tanya. Kenapa aku tak kisah jika dia menduakan  aku, jika dia kahwin satu lagi, aku tak sayang ker dengan dia. Memang aku tak kisah sebab bila Allah SWT memberi keizinan kepada muslimin untuk berkahwin lebih daripad satu, maknanya Allah SWT ada sebabnya yang sendiri. Dia tahu umatnya mampu dan ia tidak memudaratkan sesiapa tetapi terpulang pada mereka untuk mentadbir hidup mereka agar tiada yang teraniaya. Dia juga ada mengingatkan bahawa bila seseorang lelaki itu kahwin lebih daripada satu. Sebelah kakinya telah tersedia di Neraka. Jadi pada aku, bukan aku yang cari penyakit.. Lagi-lagi kalau aku yang tolong pinangkan aku dah dapat payung emas Siti Fatimah A.R. Apa aku nak risau..
Setiap yang sesuatu yang ganjarannya terbaik di Syurga perlu ada balasannya sakit  di dunia. Memang senang kata dapat payung emas, tapi hati wanita tetap sama. Tetap lembut dan mudah terusik.. Tetap sedih bila sesuatu yang sepatutnya mutlak miliknya terpaksa berkongsi dengan orang lain. Walaupun belum tentu dia perlu berkongsi. Wanita tetap wanita. Walaupun mulutnya tidak menyatakan sayang tapi diwajahnya jelas kelihatan. Itu sebabnya Islam meletakkan wanita sama seperti lelaki Cuma pada pandangan yang berbeza. Apalagi bila dia menjadi seorang Ibu. Sangat beruntung kerana syurga terletak dibawah tapak kakinya.
Memang kami tak pernah berahsia. Dia bercerita setiap wanita dan gadis yang dijumpainya. Kadang-kadang aku tak amik kisah sangat dengan siapa dia berkawan. Sehingga hadirnya seorang gadis yang juga aku tak hiraukan.  Tetapi sejak kehadiran si gadis, suamiku tak berubah dia tetap melayanku baik tetapi bibirnya tak henti bercerita. Senyumnya tak pernah lekang. Telefon bimbitnya tak pernah berhenti menyanya. Lepas satu pesanan ke satu pesanan. Aku hanya memerhati cuba untuk ketepikan rasa tidak enak. Tetapi sesuatu mengusik hati. Aku cuba berbuat selamba tetapi aku tahu aku terusik.
“Dia comel, macam awak. Clumsy pun cam awak. Bawa kereta kejap kiri kejap kanan. Tak buka lampu.. hehe..  Memang macam awak. Saya sekarang rasa macam mana saya kenal awak dulu”
Aku hanya senyum dan dengar.  Tapi hati bagai dihempap dinding runtuh.
“Heheheh.. Saya cakap jangan marah yer.. Saya angau la dengan dia..”
Hanya senyuman dan tertawa yang keluar dari bibir ini. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu..  Inilah dugaan yang maha hebat yang pernah aku lalui. Tak terlintas difikiran bahawa aku akan menghadapi situasi begini. Bila dah terhantuk baru nak tergadah. Baru aku dapat rasakan bila orang cakap tak da selera nak makan. Tak boleh tidur malam.. Inilah perasannya.
Aku cuba untuk berterus-terang dengannya tetapi mulut ini  terkunci.. suara tersekat dikeronkong. Tak mampu nak bersuara. Hati terus membisu. Aku selalu akan masuk tidur awal supaya tak selalu berbicara dengannya. Selalu buat-buat sibuk mengelak dari sesuatu yang tidak enak berlaku..  Adakah betul apa yang aku lakukan ini..? Terus bersembunyi dari kebenaran dan menyimpan segala pedih dihati.. Apakah yang terjadi nanti. Aku sendiri pun tak pasti..

Ikuti sambungannya nanti..
Share: