Suamiku seorang penyayang dan periang. Di matanya sering ada sinar kasih sayang dan pujukannya sering mencairkan aku. Tetapi sejak kehadiran perempuan itu. Tiada lagi sinar itu ku lihat dimatanya. Tindakannya juga tak sehangat dulu. Tiada lagi rangkulan yang erat bila aku berada disisinya. Asal kami bersua, hanya keluhan berat dan pertengkaran yang keluar dari mulut masing-masing. Aku pula asyik mengalirkan airmata. Jalan penyelesaiannya dia akan masuk tidur awal dan tidak mahu ambil tahu apa-apa. Aku kesedihan akan tidur di bilik anak.
Ketiadaan suamiku aku banyak berfikir. Selama ini aku sering melalaikan perintah Allah SWT, aku bertekad untuk kembali taat kepada-Nya. Aku cuba sedaya upaya untuk mencukupkan yang lima. Aku bersyukur kerana rakan-rakan sepejabatku saling mengingati. Jadi apabila tiba masa kami akan ramai-ramai turun ke surau untuk mengerjakan solat. Di rumah aku tidak tunggu lama. Berkumandang sahaja azan aku akan segerakan solatku dan kemudian mengaji. Tenang sikit aku rasa kepala otak aku ini. Bila difikir-fikir.. Aku dah jauh tersasar dari landasan yang sebenar. Banyak telah kulupakan. Banyak juga yang tidak ku lakukan. Tanggungjawab sebagai isteri aku lewa-lewakan. Kesimpulannya segala yang terjadi berpunca dari dirku sendiri. Aku yang mengundangnya. Suamiku tak patut dipersalahkan.
Hari-hari berlalu aku rasakan terlalu lambat berlalu. Setiap hari hanya ingatan kepada suamiku berlegar-legar diminda. Aku perlu segera memohon keampunan kepadanya atas kelalaian ku menjaga keperluannya. Berpuluh-puluh pesanan ringkas aku kirimkan kepadanya tetapi tidak satu pun dibalas. Kadang-kadang aku hilang sabar. Hendak aku campakan sahaja telefon bimbit ke dinding tapi akhirnya hanya airmata yang mengalir menitis ke atas telefon..
“Saya maafkan awak. Saya pun salah dalam hal ni.”
Itulah satu-satunya pesanan yang aku terima yang membuat aku kembali bernyawa. Aku berharap sangat kami boleh baiki hubungan kami sama seperti dahulu. Aku tak kisah apa pun keputusannya tapi yang aku mahu supaya hubungan kami jernih semula seperti dulu. Aku tak mahu semua yang kami bina berkecai begitu sahaja. Aku perlukan dia untuk meneruskan hidup ini. Kemaafan yang dia berikan membuat aku bersedia untuk menghadapi masa depan