Tuesday, February 25, 2014

Kesunyian dalam Kesibukan Dunia

السلام عليكم ورحمة الله

Itu yang aku rasakan sekarang.. Itu yang paling aku tak suka dalam hidupku.. Tetapi itu yang selalu ku hadapi hingga kini. Kadang-kadang rasa mahu lari sejauh yang boleh, bersendirian dan hanya aku seorang
Walaupun ramai disekelilingku dan merasakan kehadiran mereka tetapi aku rasakan kehadiranku tidak memberi apa-apa erti pada mereka. Ada atau tidak, sama bagi mereka. Walau sebanyak mana aku lakukan untuk menarik perhatian, semuanya tak berguna. Mungkin semua salah aku. Mungkin swbab pembawaan diriku dikalangan mereka membuat mereka pinggirkan aku.
Walaupun segalanya dah berakhir, dia yang mengganggu rumah tanggaku pun telah beralah tetapi keadaan di rumahku tetap sama. Aku tetap bersendirian. Si suami sudah tidak mesra seperti dulu. Memang daripada dulu dia tidak pernah mahu mendengar rintihan aku. Tambahan, aku juga tidak boleh dan tidak mahu bercerita pada sesiapa. Kalau boleh aku mahu dia mendengar rintihan aku. Tetapi aku tahu sehingga aku mati perkara tersebut takan terjadi. Si suami masih menganggap semua ni salah aku sepenuhnya. Aku tidak menghormatinya, sering sahaja menghina dan mengherdiknya. Sering memperkecil-kecilkan dia. Aku akui kadang-kadang melampau dalam sesuatu perkara. Tetapi bukankah tanggungjawab menegur dan mengajar aku itu, atas bahunya. Dia tak melakukannya dan menyoalnya. Kenapa semua ini hanya salah aku seorang. Aku akui perkara berlaku dua kali dan aku tidak belajar apa-apa dari yang pertama. Tetapi kali ini aku sendiri terpaksesa belajar sendiri. Sedangkan dia hanya menunggu aku membuat kesilapan. Kadangkala aku yang rasa sedih. Tapi sakit hati dah kesedihan aku tiada apa-apa kesan kepada sang suami. Aku jer yg tak boleh buat dia terasa. Setiap perkataan keluar dari mulutku hanya kata-kata kesat dihatinya. Sedangkan dia boleh lakukan apa saja untuk membuat ku rasa terpinggir dalam duniaku sendiri. Sedih, sunyi dan tak dihargai..
Aku berharap tuhan memberikan aku lebih sabar. Hati yang lebih kuat menerima segala tindakannya. Aku bersyukur dia masih lagi di sini. Masih lagi menjadi suamiku. Aku bersyukur sslama kami berkahwin, tiada sekali pun dia memukul aku. Tengking pun jarang.Walaupun segala tindakannya selepas ini akan menyakitkan batinku. Aku akan cuba bersama dan merendahkan diri. Akan aku cuba untuk mengawal emosiku. Akan ku tapis segala percakapan ku dan perkataan yang keluar daripada mulutku. Ya Allah sesungguhnya aku inginkan perhatiannya, belaian mesranya, kata-kata cinta yang ikhlas dari hatinya. Aku ingin dia menjadi raja dalam hidupku. Seandainya tiada lagi kasih dan cintanya padaku, hadiahkanlah dia seseorang yang mampu dicintainya. Gerakkanlah hatinya melepaskan aku. Tak sanggup rasanya menanggung derita cinta tidak berbalas. Tidak sanggup rasanya membeban dirinya dengan dosaku yang berat. Jika masih ada cinta dihatinya, marakkanlah cintanya padaku. Aku ingin merasa hangatnya asmara kami seperti dahulu. Akan ku buang segala lagak dan egoku demi istana yang telah lama dibina. Aku ingin mahligai ini terus teguh berdiri walaupun badai melanda.. Demi-Mu Ya Allah aku berdoa agar cintaku pada-Mu dan dia tetap teguh dalam hati.. " Jika jodohku dan dia tiada, pertemukanlah aku dengannya di alam sana. Izinkanlah kami menjadi suami isteri. Aku tidak akan sesekali berputus asa. Selagi ada lidah dan hati aku akan terus berdoa dan terus mengharap dengan kasihmu. Ya Allah tiada yang mustahil.."
Inilah Kasihku:
Share: