Saturday, March 01, 2014

Hari terus berlalu

السلام عليكم ورحمة الله

Walaupun segalanya terus pergi begitu sahaja. Masih banyak remang-remang kesakitan terus bertakhta dihati. Banyak yang ingin ku bincangkan dengan suamiku. Perbincangan daripada hati ke hati. Tetapi dari bacaan-bacaan yang banyak kulakuan, lelaki tidak begitu gemar berbicara soal hati. Pada mereka bila wanita itu telah dikahwininya, maknanya semua soalan berkaitan hati terjawab. Tetapi tidak wanita seperti aku. Lagi-lagi bila perkara-perkara begini terjadi. Sedikit sebanyak perasanku goyah pada kesetiaan suamiku. Tambahan, perhatiannya tidak seperti dulu. Adakah kasih sayangnya juga tidak seperti dulu? Adakah tempat ku dihatinya kini turun satu anak tangga? Adakah aku ni akn tetap akan tersingkir satu hari nanti.. Tidakkah dia mahu mrnghangatkan kembali istana kami bina..? Adakah sebenarnya aku tidak layak untuknya? Dalam pertanyaan itu berlegar dalam minda. Hati ini terus mengimbas kembali saat-saat indah kami bersama. Walaupun dahulu kami tak sesenang sekarang tapi kami bahagia. Aku bahagia dia sentiasa di depan mataku. Bahagia menyambut orang baru. Bahagia apabila sentiasa bersama kerana kasih kami sentiasa menghangatkan suasana. Walaupun aku selalu amarah tapi dia tetap di sisiku. Menunggu hingga amarahku reda. Memujuk bila merajuk. Tidak pernah terfikir untuk berpisah..
Kami selalu hangat. Cinta sentiasa berada di hati kami. Bila mengingati saat-saat itu aku tersenyum sendiri. Walaupun kewangan kami suntuk tapi kami jarang terlepas makan. Anak sihat tiada masalah.. Anak pengubat hati yang selalu letih dengan beban duniadan masih lagi begitu.
Tetapi aku semakin rasa letih bila tiada tempat mengadu. Dulu memang aku sentiasa mendengar segalanya. Sekarang pun sama walaupun dia jarang bercerita. Cuma bila aku cuba untuk mengadu padanya. Dia tidak berapa suka mendengar. Buat kadang kala aku rasa agak tersisih dan sunyi. Tetapi itu fitrah lelaki memang tidak suka mendengar yang remeh-temeh. Tidak suka membesarkan isu yang tidak berkepentingan kepadanya. Itu membuatkan kesunyianku bertambah. Aku tiada tempat bercerita dan mengadu.
Akhirnya aku mengambil keputusab untuk berpaling. Berpaling pada Allah yang satu. Walaupun selama ini aku tahu dia sentiasa ada untuk menerima segala aduanku. Tetapi aku tak pernah menoleh untuk mengadu. Aku malu, aku rasa rendah diri kerana setelah semua nikmat diberi kepada ku dan keluargaku. Aku jarang bersyukur. Nafsuku terus-terusan meminta dan terus meminta. Syukur memang ada tetapi bagai setitik di lautan luas. Aku mulai memohon kepadanya keampunan kerana lalai mengingatinya. Aku bermohon semoga rumahtangga kami bahagia bagai dulu. Ku memohon agar diringankan beban tergalas dibahu dan hatiku ini. Memohon supaya suamiku terus berada di sisi walaupun kami tak sehangat dulu. Memohon supaya tuhan lembutkan hatinya supaya cinta kami mekar seperti dulu. Aku ingin terus mencipta memori indah dengannya selagi ada kesempatan. Aku ingin dipeluk dan dibelainya selagi nyawa dikandung badan. Atas segala keizinNya aku akhirnya aku memulakan langkah aku dengan bertaubat. Terlalu banyak kesalahan telah aku lakukan. Bertimbun dosa yang aku kumpul hampir 3dekad aku hidup di bumi Allah. Aku memohon keampunan, memohon kasih sayang daripadaNya. Aku insaf dengam segala kesilapan aku lakukan. Aku lupa keagunganNya dan kekuasaanNya saat aku hanyut di dunia. Bila dihitung memang berat segala apa yang telah aku lakukan. Terkadang terfikir mampukah aku memohon pada Allah untuk mengpunlan segala dosa-dosaku yang maha berat. Tetapi itulah keindahan yang paling ingin ku alami. Allah selalu berfirman sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.
Inilah Kasihku: @sleppar
Share: