Monday, May 26, 2014

Segalanya Selesai


السلام عليكم ورحمة الله
Lama dah aku tak bercerita.. Lepas kejadian yang meremukkan jiwa aku tu. Aku terus senyap.. Bukan apa kepala aku ni sangat berserabut. Mana taknya, suami sendiri gilakan perempuan lain sampai lupa anak isteri. Memang dia kata tak abaikan tggjawab tapi macam mana dengan tanggungjawab terhadap emosi aku? Hummpphh.. Malas nak cerita panjang . Itu antara dia dan Tuhan. Antara aku dan tuhan pulak, aku amat bersyukur kejadian ni terjadi. Sekurang-kurangnya sekarang aku sedar tanggungjawab aku sebenar. Walaupun masih tak sempurna tapi aku sedaya upaya untuk menjalankan tggjawab aku. Tangunggjawab kepada Tuhan, tanggungjawab pada sumai dan tanggungjawab kepada anak-anak. Kejadia ini sedikit sebanyak sebenarnya mengganggu perhatian aku terhadap anak-anak.
Kalau nak diceritakan memang sakit hati dan pedih. Tapi aku anggapnya sebagai positif. Sang suami pun dah sedar, sebenarnya perhubungan diorang takan sampai kemana. Walaupun ada rasa sayang dengan sang kekasih tetapi mereka tetap tak ada jodoh. Aku dengan tegas takan benarkan. Terima kasih kepada Ibu Mertua yang sedia berdiri dibelakang aku walaupun ada ketika pendirian aku agak goyah. Aku pun tahu kenapa aku bertindak berkenaan sedangkan aku sebelum ni aku tidak pernah menetang poligami. Kalau aku tak cerita nnt tak tahu hal sebenar. Kalau aku cerita mengaibkan mereka. Jadi aku berkias. Pada pendapat aku, kalau korang ikhlas bercinta dan cinta tersebut adalah kerana Allah SWT. Korang takan sampai nak buat benda-benda maksiat ni. Kenapa mesti nak bercumbu-cumbu (yng wanita awak boleh tolak yer, takan tak sedar itu suami orang), nak melayan nafsu serakah korang tu. Kalau betul kau tak duga semua tu berlaku dan kau kata itu semua ketentuan Allah SWT, kenapa mesti kau heret suami aku pergi hotel. Aii maksiat pun ketentuan Allah SWT ker.. atau ko yang dah tak dapat tahan nafsu.  Nasib baik aku banyak berdoa supaya laki aku tak buat benda bodoh.? Nasib baik korang tak terlanjur. Dia mengaku dia tak bernafsu dengan ko.  Padanlah selama ni laki aku berkeras tak mahu tinggalkan kau. Kau dah jamu macam-macam dengan dia. Dah pergi terlalu jauh konon, kalau dah dasar perempuan murah memang murah la juga..
Kenapa aku cakap macam tu..? Sebab memang perempuan tu nak perangkap laki aku. Tak tahu berapa banyak dah lelaki dah lanyak kau, kau nak suruh laki aku jadi pak sanggup kau. Mana taknya lepas laki aku tinggalkan kau. Kau ugut plak dia. Ugut nak bagi semua orang tau dan nak sebarkan gambar b***l suami aku kat semua orang. BODOH..  habistu gambar kau yang ada pada kami sekarang kami nak buat apa. Kalau ikutkan aku nak bagi kat mak kau. Bagitau, ini sebenarnya perangai anak mak cik. Janganla nak salah kan en suami, sebab lelaki pasti akan minta yang bukan-bukan. Itu terserah pada kau, nak layan ke tak. Tengok cenggini gaya memang dah biasa bagi gambar b***l kat lelaki. Murah..Murah..
Aku memang panas hati. Apa orang nak kata aku tak kesah. Tapi dalm pada masa yang sama aku kesian kat suami aku. Dia dah la banyak tanggung dosa yang aku buat. Masa first time en suami beritahu, aku memang rasa marah, tapi bila sang suami beritahu kebaikan dan kelebihan dia, aku ada rsa juga nak mengalah tetapi entahla setiap kali aku mengalah, sang suami tanak plak. Dia pun tanak lepaskan aku, tapi bila aku dah tahu apa yang dorang dah buat aku rasa lagi marah sebenarnya. Kalau betul dorg kahwin, perkara yang sama akn berlaku dalam hidup kami. Lagi banyak masalah akan datang. Bersyukurlah mereka dah putus. Mesti korang kata kenapa tak biarkan jer laki kau kahwin, nak dia buat maksiat lagi ker? Tak semestinya mereka kahwin maksiat akan terputus. Mereka takan buat dosa lagi, sebenarnya menggalakkan mereka buat dosa.  Apa yang aku tahu, kalau seseorang itu berbuat maksiat atau berzina. Tak digalakkan mereka berkahwin.  Kita digalakkan memilih orang yang lebih baik dan boleh menerima kita.  
Sang suami pun ada juga beritahu perkara yang begitu, jawapan aku mudah, “Ingat Allah. Bertaubatlah selagi abang tak mengandungkan dia, tak terlanjur. Bertaubat kepada Allah, minta ampun.”  Diam terdiam. Sebab selalu dia yang nasihat aku macam tu bila kau mengamuk2.  Selama ni memang dia cakap dia tak boleh tinggal sebab dah pergi terlalu jauh. Bila cakap kenapa dah terlanjur ke.. Takda la pula.. Akhir nya lepas dia putus baru dia beritahu apa yang dorang dah buat. Baru aku faham kenapa dia tanak berpisah. Banyak benda aku nasihat kan dia, beritahu dia pembacaan aku selama peristiwa itu. Aku minta maaf sangat kepada suami aku sebab abaikan dia. Sebenarnya aku punca semua yang berlaku dan kalau boleh aku tanak buat kesilapan yang sama. Berkahwin dengan orang yang tak pasti masa depannya. Lepas tu baru dia mengaku, sebenarnya dia pun tak pasti. Dia dah beritahu pada perempuan tu yang dia tak mampu dan takan ada masa dengan perempuan tu. Tapi perempuan tu berdegil, masih nak kan dia. Tapi bila dia kena ugut dan dan dengar penjelasan aku baru dia macam tersedar dia macam kena perangkap. Dia tak pernah paksa perempuan tu buat apa-apa. Perempuan tu yang rela. Untuk booking hotel tu pun perempuan tu yang uruskan bagaikan dia dah biasa. Kalau aku  ditempat perempuan tu, aku takan senang-senang nak bagi dara aku kat lelaki. Bila dia dah tempah hotel tu maknanya dia sudah rela untuk bersama dengan sang suami. Lainla kalau sang suami yang uruskan segalanya. Dashyatnya perempuan sekarang. Lepas tu, kami banyak berbincang dan kami putuskan untuk berubah. Banyak kali juga aku tanya perasaan suami aku kat bekas dia tu. Dia kata dia dah rasa ringan beban, rasa sayang pun dah pudar sedikit.
Tapi oleh kerana aku ni ada bakat jadi stalker. Jadi selalu stalk perempuan tu. Kalau ditengokkan dia memang kecewa menonggeng tapi fizikalnya aku tak tau la. Maybe dah ada yang gantikan sang suami, Wallahu alam. Dia derita dan beranggapan suami aku pun sama. Saling mengharapkan cinta masing-masing tetapi terhalang demi kepentingan orang lain. Kadang-kala nak muntah aku dengar. Banyak pengaruh cerita novel cinta yang sesat dengan drama t.v dia ni. Masih berharap agar suami kembali bersama dengan dia. Sebenarnya sang suami dah pernah putus dengan dia sebelum ni. Tapi dia contact balik untuk bercinta tanpa sebarang ikatan. Tengok sapa ajak buat maksiat sekarang.  Tapi lama kelamaan aku jadi serabut dengan dia ni. Sang suami pun tahu, dan dia kata “Dia tau la itu ayang, tu sebab dia cakap camtu.” So aku buat kepetusan nak biarkan jer dia dengan derita dia yang tak sudah tu.

Sang suamii pula, kadang kala terdetik camana kalau dia still contact di belakang aku. Still lagi buat maksiat? Memang rasa curiga, tapi aku tabahkan hati dan fikir positif, syaitan memang suka menghasut. Sang suami yang aku kenal sangat baik sebelum ni. Aku jer selalu aniaya dia. Dia pun tanak serabut lagi, jadi takan dia nak cari masalah. Kalau dia buat juga, itu dosa dia. Aku dah beritahu dan terpulang pada dia, sekarang dia yang memutuskan. 
Inilah Kasihku: @sleppar
Share: