Showing posts with label Mata hati. Show all posts
Showing posts with label Mata hati. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Lama tak hapdet

السلام عليكم ورحمة الله

Lama juga aku tak upadate apa-apa kat blog aku ini. Tapi kalau blogger.com ada satu mekanisma yang boleh letak sarang lelabah bila blog tu dah lama tak buka. Mesti blog aku dah banyak sarang lelabah kat sini. Tapi ada rasionalnya aku tak buka blog ini. Maksudnya aku takda apa nak diadukan. Hidup aku sejahtera dan bahagia. Hehehe..
Dulu tiap-tiap ramadhan akan ada satu blogpost yang akan aku sediakan, bagi mengingati ramadhan. Ramadhan yang terdahulu aku terlepas sebab banyak sangat yang berlaku dalam hisup aku ni. Nak kata tak menentu takda juga, tapi mungkin jiwa kacau hahahaha..  Aku entahla hilang tempat untuk bercerita.  Aku memang suka dengar cerita orang tetapi bila aku sendiri hendak bercerita atau mengadu aku tak tahu dengan sapa aku nak mengadu. Dulu aku selalu cerita dengan adik aku tetapi suami tidak benarkan aku. Jadi aku berhenti. Aku cuba bercerita dengan sang suami. Tapi sang suami seakan tidak berminat. Malah aku pernah mengamuk dengan dia sebab selalu potong cakap aku semata-mata tanak dengar cerita aku. Setiap kali dia buat macam tu, aku seakan patah hati hendak meluahkan segala yang terpendam dalam hati.. Aiiiyaaark.. apa kes ni.
Memang itu yang aku rasa sekarang, dan aku pasti kerana itulah aku kembali. Kembali menulis kerana tak ada sesiapa yang sudi mendengar.  Kalau menulis ni takkan ada sesiapa yang akan membalas atau memotong kata-kata aku. Aku hanya perlu terus bercerita tanpa perlu untuk segan atau silu. Semuanya ada tercatat di sini tak da sabar boleh delete.. tak ada sapa boleh bakar. Kecuali kalau server google terbakar aku tak leh nak buat camana la kan..
Oklah lupakan pasal tu.  Aku akan cuba untuk menghapdet aku punya blog ini sekerap yang mungkin supaya aku tak ada rasa nak sedih-sedih gini lagi.. Walaupun laki aku cakap dia sebuk nak kawen lain.. Pergila la mampus.. Ada aku kesah. Kalau dia dah fikir hidup dengan aku ini tak best nak hidup dengan orang yang lagi best, dia pergila. Kalau aku larang pun buat sakit jiwa dan raga aku ajer. Aku pun bukan nak pretend aku ni baik sangat. Aku pun memang pernah buat salah ngan dia. Tapi aku cuba nak baiki. Tapi kalau dia rasa berkahwin lain itu penyelesaiannya ada aku kesah. Aku ni dia nampak yang buruk jer. Itu biasa orang, aku pun kadang-kadang buat camtu gak. Tapi aku dah tekad tanak judge orang lagi dah. Aku pun cuba untuk tak pernah fikir yang buruk-buruk tentang orang. Yang baik-baik sahaja.
Aku nak tumpukan masa depan aku. Kumpul duit beli BMW beli rumah sendiri tak yah kongsi-kongsi. Tidur dlam BMW pun takpa. Aku tak peduli. Aku nak buat master dan kerja tanpa banyak masalah. Tak ada kawan..? Kawan bukan leh bawa mati pun. Cuma yang ada aku den ALLAH  SWT yang sentiasa memerhatikan aku..
Dah la babai
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Tuesday, March 06, 2012

JANGAN dalam Islam

السلام عليكم ورحمة الله


-JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Tekan Share kepada rakan-rakan anda....

Share:

Tuesday, December 27, 2011

Thursday, December 15, 2011

TengkuSophia : Penghinaan Islam Melalui Twitter

السلام عليكم ورحمة الله
Rujukan: BerryRude


Kehadiran seorang wanita Indonesia di Twitter dengan nama TengkuSophia, agak menggemparkan bumi Malaysia dan terus menjadi Trending Topic kepada rakyat Malaysia dan mendapat tempat ke 5. Perbalahan antara wanita tersebut dengan rakyat disekelilingnya (Singapore, Brunei dan Malaysia) menjadi hangat apabila topik yang berasal dari menuduh rakyat Malaysia pencuri. Berakhir dengan kecabulan mulut wanita itu menghina agama Ilam dengan mencaci dan memaki Allah SWT dan Nabi Muhammad SWT. Ini membangkitkan lagi kemarahan warga twitter bukan sahaja orang Islam juga bukan Islam. Daripada kajiselidik yang dibuat, TengkuSophia tidak menggunakan nama sebenar dan gambar yang digunakan merupakan gambar samaran. Semua gambar yang berkaitan dengan dirinya telah di alihkan atau dihapuskan untuk menjaga keselamatannya. Keluarga kahwin campur, Ibunya seorang kristian dan ayahnuya seorang islam dan sangat membenci Malaysia, Brunei dan Singapore. Ramai rakyat Malaysia berperang tweet dengannya kerana lancang mengutuk dan mencaci perkara yang berkaitan dengan agama islam. Berikut adalah captcha yang saya ambil dari blog berryRude:

Mula

Share:

Friday, November 11, 2011

Bila diri bagaikan sempurna

Salam..

Perkara ni aku memang dah lama perasan cuma kadang kala aku tak mampu nak tegur kerana merekalah kawan.. Memang terus terang dan teguran itu perlu antara kawan tetapi mesti kena pada tempatnya. Kalau kita salah cakap dia akan beri mudarat pada diri.. Mungkin kita tak kesah org kata kita kemudian hari, cakap kita macam2.. Tapi kena fikir juga dari sudut akidah dan sifat seorang islam..
Mungkin kita betul kerana berani berkata yang benar. Tetapi kena fikir juga hati dan perasan orang lain. Walaupun perkara tersebut tidaklah sepenting mana pun.. Tetapi pernahtak kita bayangkan berapa dalam pedihnya ia akan menusuk hati. Jikalau ia memberi kesan positif itu adalah baik. Tetapi bagaimana ia memberi kesan negatif. Ada pepatah mengatakan "Diam adalah Pintar", rasanya lebih baik mendiamkan diri dari berkata sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat. Perlukah hati seseorang disakiti kerana perlu melegakan hati sendiri.
Share:

Tuesday, November 01, 2011

Kembali

Aku nampak senyum saja sepanjang masa. Sesekali aku hentak meja sebab kerja yang diusahakan tiada penyelesaian.. Itulah kerjaku seharian.. Mencari penyelesaian kepada masalah.. Sedangkan beribu lagi beratur mengisi borang hati.. Semua orang begitu termasuklah makcik-makcik yang duduk kat depan aku ni.. Tapi pada aku semua masalah ada penyelesaiannya. Terpulang samada cepat atau lambat jer lagi. Itu cara aku bertenang apabila masalah melanda.
Share:

Saturday, October 08, 2011

Antara hati dan rasional

السلام عليكم ورحمة الله


Dunia kadang kala aku rasakan terlalu pantas berlalu.. Kadang kala terlalu lambat. Aku cuba sedaya upaya untuk memenangi hati seseorang. Bila terlalu berusaha untuk melakukannya aku kadang kala kecewa. Bila tujuan tersebut tidak tercapai. Aku lagi disalahkan atas sebab yang tidak munasabah dan akhirnya aku merajuk sendiri. Sudahlah tak ada orang nak pujuk. Aku pula terpaksa memujuk hati sendiri.  Memendam kelukaan.
Semua orang aku salahkan. Kalau jadi begini orang tu salah juga, dia buat begini. Kalau jadi begitu, orang tu pun sama kenapa dia buat begitu. Dia pun silap juga, dia pun salah juga. Takan dia tak faham kalau dah begitu dan begini. Tapi bila difikir-fikir balik, bukan dia sahaja yang salah kita salah juga. Kalau kita buat begini dan begitu mesti tak jadi masalah. Jadi bila dah begitu, rajuk hati pun hilang. Rasa nak marah hanya boleh dipendam sahaja. Kesudahannya aku hanya berdiam dan memendam. Padahal pada satu ketika dada ini bagai mahu pecah kerana marah yang teramat sangat.
Share:

Tuesday, August 02, 2011

The Crowded Sunday..

السلام عليكم ورحمة الله


Heheh macam nak tulis blog dalam bahasa inggeris padahal.. BM juga.. Emm itula.. Bila kerajaan selangor menjadikan hari sabtu tak da plastik bag ramai yang malas nak keluar hari sabtu.. Lagi2 semlm sebuk dgn perhimpunan bersih dengan road block sana sini lagila org mals nak kuar.. Aku dah dua hari ulang alik putrajaya untuk hari koperasi negara.. Syikin ckp len dari yg thn lepasm dia kata dah mcm jom heboh sebb terlalu ramai org.. Smpai aku pun naik rimas. Maybe sebb taun ni pm datang..
Memang penat tp aku tak wat paper pun.. Hanya melihat org bodoh wat kerja.. Dan bos yang pemalas dan tak bertanggungjawab.. Kepada yg terasa ku mnta maaf. Jadi kalo ras tanak kena umpat keji.. Lakukan la kerja dengan amanah.. Dah kena komplain pun still wat perangai yang sama.. Tau la anak pengarah tak payah la berlagak.
Kerja tak seberat mana pun.. Tapi asyik mengelak jer.. Kali ni aku malas nak masuk cmpur nanti silap hari bulan aku yg kena tanggung.. Aku banyak benda lain yang nak buat.. Berfaedah jke tak usah tanya la.. Biasala tuh.. Aku kadang-kadang saja buat sibuk. Padahal benda tu suma sehari leh siap.. Hahahaha lepas ni semua dak opis tau la yang aku kurang bekerja.


Share:

Tuesday, March 29, 2011

"Belajar dari kesilapan"

السلام عليكم ورحمة الله
"Belajar dari kesilapan"
Kalo kita perasan, ungkapan itu memang dah biasa sangat kita dengar. Dah biasa sangat kita nampak.. dan setiap nasihat yang kita terima itu adalah salah satu nya yang slalu kita terima. Aku pun sama. Kadang-kala ia dah lali dan tak lalu lagi telinga ini nak mendengar ungkapan tersebut. Tapi sampaila malam tadi baru aku tahu makna sebenarnya apa yang ada disebalik huruf-huruf yang bersusunan tersebut..

Orang kata (orang kata la bukan aku kata), orang yang bodoh adalah orang yang tak pernah belajar dari apa yang telah dilaluinya. Orang tak pernah bermunasabah diri tentang apa yang telah dilakukannya. Macam mana nak bermunasabah kalau kita tak ingat aper perkara buruk yang pernah kita lakukan.. Korang mesti pernah melawan cakap mak ayah korang. Kalo tak pernah sejuk perut ibu mengandung.. Kalo pernah.. berapa kali korang buat mesti tak igt kan.. Aku pun sama.. Abih macam mana nak menyesal.. dan taubat tak buat lagi..

Aku ni bukan la baik sangat. Macam-macam benda dah aku buat. Cuma orang tak tau.. sebab aku pun tak cerita. Aku malas nak cerita hal keluarga kat orang. Kalau ada tu kira rezeki la aku cerita. Lagi2 bila byk kwngkawan yang aku kenal bukanlah pendengar setia sedangkan aku suka mendengar cerita kawan-kawan.. Kalau dia tipu pun aku tak kesah. Aku ni manusia, akan ada masalah. Orang mengadu kat aku. Aku ni tak tahu nak bgtau sapa. Jadi aku menulis. Kalau dulu aku ada sebuah buku yang selalu jadi teman.. Nak kata diary pun boley kot. Bukannya aku tak sua nak cerita dengan orang.. Tapi kalo baru nak cakap dah kena sembur baik aku menulis.. Sekurang -kurangnya buku tu sudi menerima apa pun aku conteng dalam dia.. Lain, Blog ni adalah hasilnya. Aku ceritakan apa yang aku nampak dan aku rasa.. Cuma ada certain-certain stories yang aku lebih suka simpan sendiri.. Dan aku masukkkan dalam buku tadi.

Share: