السلام عليكم ورحمة الله
Dunia kadang kala aku rasakan terlalu pantas berlalu.. Kadang kala terlalu lambat. Aku cuba sedaya upaya untuk memenangi hati seseorang. Bila terlalu berusaha untuk melakukannya aku kadang kala kecewa. Bila tujuan tersebut tidak tercapai. Aku lagi disalahkan atas sebab yang tidak munasabah dan akhirnya aku merajuk sendiri. Sudahlah tak ada orang nak pujuk. Aku pula terpaksa memujuk hati sendiri. Memendam kelukaan.
Semua orang aku salahkan. Kalau jadi begini orang tu salah juga, dia buat begini. Kalau jadi begitu, orang tu pun sama kenapa dia buat begitu. Dia pun silap juga, dia pun salah juga. Takan dia tak faham kalau dah begitu dan begini. Tapi bila difikir-fikir balik, bukan dia sahaja yang salah kita salah juga. Kalau kita buat begini dan begitu mesti tak jadi masalah. Jadi bila dah begitu, rajuk hati pun hilang. Rasa nak marah hanya boleh dipendam sahaja. Kesudahannya aku hanya berdiam dan memendam. Padahal pada satu ketika dada ini bagai mahu pecah kerana marah yang teramat sangat.
Manusia tak semua sempurna. Kadang kala manusia perlukan perhatian tak kira muda atau tua. Tak dinafikan diri ini sendiri. Tapi orang takkan menjerit atau berkata , “Aku perlukan PERHATIAN, beri perhatian kepada aku.” Macam-macam ‘perkara’ akan dilakukannya demi untuk meraih perhatian. Bagaimana pun ramai mana yang memberi atau mengetahui ‘perkara’ tersebut. Aku pun terkadang terlepas pandang. Tapi ada yang mengetahui tapi buat-buat tak tahu. Itu memang sakit hati..
Akhirnya dunia berputar seperti biasa. Malam menyambut akhirnya siang, siang menanti berakhirnya malam. Hari bersilih ganti, bulan bertukar tahun. Mana yang menyedari kesilapannya akan akur tentang kesilapannya dan memberi lebih perhatian. Kepada mereka yang masih leka dengan kebongkakan dan keangkuhan lalu menganggap diri itu sempurna, terus dengan dunianya sehingga suatu masa bila semua berlalu pergi. Dia pasti jatuh terduduk. Pada yang masih boleh bersabar akan terus bersabar, bagi yang telah hilang kesabarannya akan meletup dan dia akan pergi tanpa menoleh lagi. Menyesal selagi boleh, bersabar selagi sabar masih ada lagi. Dunia ini bulat, satu asa akan diatas suatu masa kan dibawah.