Showing posts with label Penghinaan. Show all posts
Showing posts with label Penghinaan. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Innocence of Muslims and My badday

السلام عليكم ورحمة الله
Entah mengapa hari ini merupakan hari paling malang bagi diriku ini. Tadi masa minyak kereta hampir nak kering dan aku berada di stesen minyak untuk mengisi minyak dan mengisi semual touch n go, jantung aku hampir terhenti kerana aku tak jumpa dompet dan telefon bimbit aku. Takda dompet ATAU telefon bimbit boleh lagi aku nak ikhtiar mana-mana. tapi bila dua-dua  takda mau aku mati kutu.. Nasib baik jumpa rupanya aku misplaced letak kat poket belakang seat.. Itu namanya 'peleley'(istilah mak aku bagi: orang yang lalai).

Rupa-rupanya nak jadikan cerita sesampai aku ke destinasi yang di tuju. En suami kol dari Kuantan (outstation) menyatakan beg dompet dia hilang kat gambang. Dia letak atas bumbung kereta dan terlupa (laki bini sama). Nak marah, dia tengah susah hati. Jadi aku bagi dia beberapa no fon untuk dia kol matikan kad kredit dan lain-lain. Minta dia cuti esok untuk buat balik IC, Lesen dan lain-lain.. Bila fikir-fikir balik kesian plak aku kat dia. Dah la duit pun tak da. Nasib baik dia pergi dengan bos dia.

Share:

Thursday, December 15, 2011

TengkuSophia : Penghinaan Islam Melalui Twitter

السلام عليكم ورحمة الله
Rujukan: BerryRude


Kehadiran seorang wanita Indonesia di Twitter dengan nama TengkuSophia, agak menggemparkan bumi Malaysia dan terus menjadi Trending Topic kepada rakyat Malaysia dan mendapat tempat ke 5. Perbalahan antara wanita tersebut dengan rakyat disekelilingnya (Singapore, Brunei dan Malaysia) menjadi hangat apabila topik yang berasal dari menuduh rakyat Malaysia pencuri. Berakhir dengan kecabulan mulut wanita itu menghina agama Ilam dengan mencaci dan memaki Allah SWT dan Nabi Muhammad SWT. Ini membangkitkan lagi kemarahan warga twitter bukan sahaja orang Islam juga bukan Islam. Daripada kajiselidik yang dibuat, TengkuSophia tidak menggunakan nama sebenar dan gambar yang digunakan merupakan gambar samaran. Semua gambar yang berkaitan dengan dirinya telah di alihkan atau dihapuskan untuk menjaga keselamatannya. Keluarga kahwin campur, Ibunya seorang kristian dan ayahnuya seorang islam dan sangat membenci Malaysia, Brunei dan Singapore. Ramai rakyat Malaysia berperang tweet dengannya kerana lancang mengutuk dan mencaci perkara yang berkaitan dengan agama islam. Berikut adalah captcha yang saya ambil dari blog berryRude:

Mula

Share:

Monday, November 15, 2010

biLA haRi PenGHitunGaN HamPir TibA : :


Hari Kiamat adalah hari kehancuran alam semesta ini di mana semua manusia dan makhluk lainnya akan mati. Hari Kiamat adalah awal bagi manusia yang jahat, mengambil riba, suka membunuh akan mendapat balasan berupa seksa neraka dan orang-orang yang baik akan mendapat ganjaran syurga.


“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat
itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).” [Al Hajj 1]
Tidak
ada manusia yang mengetahui kapan terjadinya hari Kiamat. Tidak juga Nabi. Hanya
Allah yang mengetahuinya.
“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bila
terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah
pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya
selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan
di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.”
Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Al A’raaf 187]
Share:

Friday, July 23, 2010

BiLa CiNA daH NAik HAntu...

Mula-mula aku ingat video ni budak-budak bboys nak menari buat shuffle ke aper.. Tapi tak sangka plak budak-budak cina ni menghina Agama Suci Allah S.W.T. Apa kes tak tahula.. tetapi memang menaikan kemarahan orang islam.. Aku jumpa video ni dekat facebook seorg saudara islamku.. Tak tau la dia dapat daripada mana. Tapi memang kurang asssaammm betul.. Dia tak nyatakan source video ini..




Share: