Showing posts with label Amerika. Show all posts
Showing posts with label Amerika. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Innocence of Muslims and My badday

السلام عليكم ورحمة الله
Entah mengapa hari ini merupakan hari paling malang bagi diriku ini. Tadi masa minyak kereta hampir nak kering dan aku berada di stesen minyak untuk mengisi minyak dan mengisi semual touch n go, jantung aku hampir terhenti kerana aku tak jumpa dompet dan telefon bimbit aku. Takda dompet ATAU telefon bimbit boleh lagi aku nak ikhtiar mana-mana. tapi bila dua-dua  takda mau aku mati kutu.. Nasib baik jumpa rupanya aku misplaced letak kat poket belakang seat.. Itu namanya 'peleley'(istilah mak aku bagi: orang yang lalai).

Rupa-rupanya nak jadikan cerita sesampai aku ke destinasi yang di tuju. En suami kol dari Kuantan (outstation) menyatakan beg dompet dia hilang kat gambang. Dia letak atas bumbung kereta dan terlupa (laki bini sama). Nak marah, dia tengah susah hati. Jadi aku bagi dia beberapa no fon untuk dia kol matikan kad kredit dan lain-lain. Minta dia cuti esok untuk buat balik IC, Lesen dan lain-lain.. Bila fikir-fikir balik kesian plak aku kat dia. Dah la duit pun tak da. Nasib baik dia pergi dengan bos dia.

Share: