Friday, November 11, 2011

Bila diri bagaikan sempurna

Salam..

Perkara ni aku memang dah lama perasan cuma kadang kala aku tak mampu nak tegur kerana merekalah kawan.. Memang terus terang dan teguran itu perlu antara kawan tetapi mesti kena pada tempatnya. Kalau kita salah cakap dia akan beri mudarat pada diri.. Mungkin kita tak kesah org kata kita kemudian hari, cakap kita macam2.. Tapi kena fikir juga dari sudut akidah dan sifat seorang islam..
Mungkin kita betul kerana berani berkata yang benar. Tetapi kena fikir juga hati dan perasan orang lain. Walaupun perkara tersebut tidaklah sepenting mana pun.. Tetapi pernahtak kita bayangkan berapa dalam pedihnya ia akan menusuk hati. Jikalau ia memberi kesan positif itu adalah baik. Tetapi bagaimana ia memberi kesan negatif. Ada pepatah mengatakan "Diam adalah Pintar", rasanya lebih baik mendiamkan diri dari berkata sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat. Perlukah hati seseorang disakiti kerana perlu melegakan hati sendiri.

Kadang2 usia lanjut dan matang tidak menunjukkan pertimbangan mereka. Mereka sebahagian besarnya lebih menunjukkan kebudak-budakan dan sifat "selalu nak menang" mereka. Selalunya sahabat mereka muak melayan perangai tak sedar diri mereka (aku pun sama). Kadg kala rasa nak sergah jer mereka supaya mereka sedar tindakan mereka itu bukan selalu betul. Tetapi demi untuk tidak mengeruhkan keadaan, diam adalah yang terbaik. Diam tak bermakna kita kami yang salah.
Tetapi ada kalanya ia patut dilupakan kerana persahabatan sukar hadir dalam hidup. Keserasian juga bukan senang untuk di cari. Persahabatan mungkin tidak sekuat ikatan darah tetapi sahabat dan saudara pada asanya mempunyai teori yang sama.. Air dicincang tak akan putus. Selagi kita bersahabat tiada aper yang dapt menghalang kita dr terus bersama..
Sent by Sleppar from BlackBerry® Smartphone
Share: