Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Puasa sebagai penyembuh penyakit

السلام عليكم ورحمة الله
Puasa sebagai penyembuh penyakit:: Dr Rasyad Fuad as Sayyid

 Dr Rasyad Fuad as Sayyid membicarakan tentang kenapa dan mengapa All SWT mesyariatkan manusia kepada puasa didalam buku ini. Disebalik syariat yang wajib dijalani oleh setiap umat Islam ia juga satu amalan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit di dunia.

Share:

Tuesday, March 29, 2011

"Belajar dari kesilapan"

السلام عليكم ورحمة الله
"Belajar dari kesilapan"
Kalo kita perasan, ungkapan itu memang dah biasa sangat kita dengar. Dah biasa sangat kita nampak.. dan setiap nasihat yang kita terima itu adalah salah satu nya yang slalu kita terima. Aku pun sama. Kadang-kala ia dah lali dan tak lalu lagi telinga ini nak mendengar ungkapan tersebut. Tapi sampaila malam tadi baru aku tahu makna sebenarnya apa yang ada disebalik huruf-huruf yang bersusunan tersebut..

Orang kata (orang kata la bukan aku kata), orang yang bodoh adalah orang yang tak pernah belajar dari apa yang telah dilaluinya. Orang tak pernah bermunasabah diri tentang apa yang telah dilakukannya. Macam mana nak bermunasabah kalau kita tak ingat aper perkara buruk yang pernah kita lakukan.. Korang mesti pernah melawan cakap mak ayah korang. Kalo tak pernah sejuk perut ibu mengandung.. Kalo pernah.. berapa kali korang buat mesti tak igt kan.. Aku pun sama.. Abih macam mana nak menyesal.. dan taubat tak buat lagi..

Aku ni bukan la baik sangat. Macam-macam benda dah aku buat. Cuma orang tak tau.. sebab aku pun tak cerita. Aku malas nak cerita hal keluarga kat orang. Kalau ada tu kira rezeki la aku cerita. Lagi2 bila byk kwngkawan yang aku kenal bukanlah pendengar setia sedangkan aku suka mendengar cerita kawan-kawan.. Kalau dia tipu pun aku tak kesah. Aku ni manusia, akan ada masalah. Orang mengadu kat aku. Aku ni tak tahu nak bgtau sapa. Jadi aku menulis. Kalau dulu aku ada sebuah buku yang selalu jadi teman.. Nak kata diary pun boley kot. Bukannya aku tak sua nak cerita dengan orang.. Tapi kalo baru nak cakap dah kena sembur baik aku menulis.. Sekurang -kurangnya buku tu sudi menerima apa pun aku conteng dalam dia.. Lain, Blog ni adalah hasilnya. Aku ceritakan apa yang aku nampak dan aku rasa.. Cuma ada certain-certain stories yang aku lebih suka simpan sendiri.. Dan aku masukkkan dalam buku tadi.

Share: