Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Puasa sebagai penyembuh penyakit

السلام عليكم ورحمة الله
Puasa sebagai penyembuh penyakit:: Dr Rasyad Fuad as Sayyid

 Dr Rasyad Fuad as Sayyid membicarakan tentang kenapa dan mengapa All SWT mesyariatkan manusia kepada puasa didalam buku ini. Disebalik syariat yang wajib dijalani oleh setiap umat Islam ia juga satu amalan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit di dunia.

Share:

Wednesday, August 03, 2011

Permulaan Ku Di Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله


Munculnya Ramadhan tahun ini bermakna 3 tahun aku memblog diriku.. heheheh memblog.. Tapi Ramadhan sepanjang 3 tahun ini mengajar aku banyak erti kehidupan yang patut aku pelajari. Walaupun kadang-kala ujian datang bertimpa-timpa sehingga aku sendiri tak mampu berdiri tetapi aku gagahkan juga demi menghadapi hidup yang tak tahu mana hujungnya..

Share:

Monday, August 16, 2010

Waktu ImSak Dan Berbuka Puasa..

Sempena bulan puasa ni mesti ada yang tak concern bila waktu kita ken berhenti makan dan berbuka: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan waktu imsak pula dimaksudkan sebagai 10 minit sebelum subuh atau fajar. Ada juga ulama' mengatakan 20 ayat Al-Quran sebelum terbit fajar.. so kat sini aku nak post waktu imsak dan berbuka bagi Kuala Lumpur
Share:

Thursday, August 12, 2010

AkU dAn rAmaDhan



Ramadhan datang lagi.. Sekejap jer setahun.. Ingat lagi Peristiwa tahun Lepas bila anak-nak aku sakit. Start satu ramadhan plak tuh. Dan bertukar ganti hingga hospital dah macam hotel bagi aku sekeluarga.. Memang dugaan betul ramadhan tahun Lepas.. Ada yang tau cerita yang tak tau leh tengok sini :Ramadhan Penuh Dugaan

Tapi, masa telah pun berlalu semua tuh member kami pengajaran yang bermakna. Kami pun tak sangka. Allah member ujian maha hebat kepada kami supaya kami dapat mengubah dan membetulkan diri. Setahun berlalu. Anak –anak aku pun dah besar. Alhamdulillah sangat-sangat, tahun ni mereka sehat sejahtera. Kakak dah makin pandai, semua tahu menyanyi, membaca, mengira.. merajuk pun pandai. Begitu juga adik dah pandai cakap dan meminta. Kalo dulu adik teruk dengan brongkiolitis sehingga terpaksa setiap bulan ke hospital untuk temujanji nya. Tapi sekarang kalo batuk pun kerana terlalu banyak gelak dan main. Kalo dia tidur pun kita tak senang..

Banyak juga yang kami alami dalam setahun ni. Kami pun sekarang ada rumah sendiri.. Yer lupa nak bagi tahu.. Now.. we have our own house.. Cuma tak leh masuk jer lagi sebab bekas tuan rumah nak sewa rumah tu sampai akhir tahun ni. Kami pun dah senang ckit berbanding sebelum ni.. Tak lama lagi kakak nak sekolah.. Kami pun dah ada simpanan sikit. Dapat bantu tak banyak sikit ibu bapa kami. Kami nak lupakan semua yang pahit berlaku. Biarlah Ramadhan ini menjadi tapak baru bagi kami membina kehidupan yang lebih baik.

Apapun semua ni berkat restu dari Allah SWT. Tanpa keizinannya aku mungkin tak akan berada ditempat aku sekarang ni. Cuma sekarang terpulang sama ada bersyukur atau tidak. Senang kita cakap bersyukur sangat-sangat. Tetapi kadang-kadang sebut nama Allah SWT pun lupa. Nak makan baru ingat. Itupun kalo ingat. Yang penting mesti cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik. Untuk Agama, untuk bangsa, untuk Negara dan keluarga. Yang penting untuk diri sendiri…

Kepada kawan-kawan, aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, banyakkan amal di bulan puasa yang mulia ini dan tinggalkan perkara keji dan mungkar.. Semoga Allah SWT berkati segala yang kita kerjakan..

Share:

Monday, September 14, 2009

Ramadhan Penuh Dugaan

Memang penuh dugaan kali ini. First day puasa jer aku kena buka kat hospital.. Yerla kan anak aku ken Influenza. Dua minggu lepas tuh. elok jer anak aku baik. Opah aku plak kena strok.. Masa tuh malam isnin. Malam tu juga mak aku balik kampung tengok Opah.. Aku rasa bersalah juga sebab aku tak balik time tu gak.. Ari sabtu baru dapat balik. Itupun atas belas kasihan laki aku.. Kalo tak dia tanak balik.. Sebab ari Isnin tuh kitorang tak cuti jadi penat.. Tapi Kena balik sebab takut apa-apa jadi. tapi Alhamdulillah dia dah sedar cuma sebab ada darah beku kat kepala dia jadi dia tak leh buka mata.. Sampai arini camtuh.. Jumaat minggu lepas keta aku plak kena pecah.. Nasib baik tak ada benda penting yang hilang cuma helmet arai locakl laki aku punya hilang.. Tuh takper lagi. tapi nak ganti cermin tuh melayang la jugak duit gaji baru dapat... Baru ingat nak beli baju raya.. Servis+Cermin = RM500 jugak habis.. Takperla janji keta leh jalan. Nanti aku posting gambar. Ada dalam handphone tak transfer lagi.. Dugaan betul...
Share: