السلام عليكم ورحمة الله
Munculnya Ramadhan tahun ini bermakna 3 tahun aku memblog diriku.. heheheh memblog.. Tapi Ramadhan sepanjang 3 tahun ini mengajar aku banyak erti kehidupan yang patut aku pelajari. Walaupun kadang-kala ujian datang bertimpa-timpa sehingga aku sendiri tak mampu berdiri tetapi aku gagahkan juga demi menghadapi hidup yang tak tahu mana hujungnya..
Ramadhan tahun ini memang sedih.. Walaupun kitorang tak sambutnya kat hospital macam tahun-tahun yang lepas tetapi bila 1 Ramadhan en somi tak da kat rumah, diarahkan outstation ke Muar membuatkan hati aku sedikit terusik. Mana taknya bila semua orang duduk berbuka puasa bersama keluarga, aku pula memang la berbuka keluarga aku, insan yang paling penting padaku tak da masa tu buat aku sedikit tersentuh. Tertanya juga aku makan aper agaknya dia kat sana. Bersahur ke tidak. Semuanya berputar-putar kat kepala hotak ni. Rasanya macam tak ada selera nak makan bila fikir pasal dia. Lagi-lagi masa first day puasa tu mak aku masak Daging masak lemak cilipadi paling dia suka. Kalo mak aku buat gerenti dia sruh aku bekal bawa balik, tapi kalo aku buat jadi pemadam masak cili padi. Hehehehe.. Acah jer aku tak pernah buat pun..
Dua hari ni rasa bosan pula. Selalu dia akan ajak aku keluar, walaupun puasa. Saja-saja. Tapi aku duk kat opis jer tak buat apa. Nak tidur tak mengantuk, nak berborak tak ada cerita plak. Nak makan lagila.. Tak boleh kan. Jadi tak tau nak wat apa. Walaupun ada hal aku nak buat tapi aku rasa malas jer nak keluar. Tak da sapa nak teman.. Aduyai lesen kereta dah mati.. Malasnya nak pergi renew..
Bila ingat balik tahun-tahun yang lepas aku rasa bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk menghadapi Ramadhan yang penuh rahmat ini. Walaupun aku tak sebaik alim ulama tapi aku cuba sedaya upaya untuk menjadi dan melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka disekeliling aku yang amat aku sayangi..
Kepada sang suami yangamt aku kasihi, mak abah yang amat aku sayangi saya memohon maaf jika ada perlakuan dan perkataan yang menyinggung hati dan perasaan kamu. Kepada saudara, adik beradik ingin kusuarakan kemaafkan dan kudoakan kebahagiaan kamu semua hari ini dan masa depan. Kepada anak-anak ibu yang sangat ibu cintai, terima kasih kerana hadir menyerikan lagi kehidupan ibu, semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa sayangkan ibu. Ibu tak minta lebih dari kebahagiaan dan kejayaan kamu sebagai seorang insan.. Semoga Ramadhan ini menjadi satu rahmat dan kebahagian kepada kami semua.. Selamat berpuasa dan beribadatlah sebaiknya..