السلام عليكم ورحمة الله
Lama juga aku tak upadate apa-apa kat blog aku ini. Tapi kalau blogger.com ada satu mekanisma yang boleh letak sarang lelabah bila blog tu dah lama tak buka. Mesti blog aku dah banyak sarang lelabah kat sini. Tapi ada rasionalnya aku tak buka blog ini. Maksudnya aku takda apa nak diadukan. Hidup aku sejahtera dan bahagia. Hehehe..
Dulu tiap-tiap ramadhan akan ada satu blogpost yang akan aku
sediakan, bagi mengingati ramadhan. Ramadhan yang terdahulu aku terlepas sebab
banyak sangat yang berlaku dalam hisup aku ni. Nak kata tak menentu takda juga,
tapi mungkin jiwa kacau hahahaha.. Aku
entahla hilang tempat untuk bercerita.
Aku memang suka dengar cerita orang tetapi bila aku sendiri hendak
bercerita atau mengadu aku tak tahu dengan sapa aku nak mengadu. Dulu aku
selalu cerita dengan adik aku tetapi suami tidak benarkan aku. Jadi aku
berhenti. Aku cuba bercerita dengan sang suami. Tapi sang suami seakan tidak
berminat. Malah aku pernah mengamuk dengan dia sebab selalu potong cakap aku
semata-mata tanak dengar cerita aku. Setiap kali dia buat macam tu, aku seakan
patah hati hendak meluahkan segala yang terpendam dalam hati.. Aiiiyaaark.. apa
kes ni.
Memang itu yang aku rasa sekarang, dan aku pasti kerana
itulah aku kembali. Kembali menulis kerana tak ada sesiapa yang sudi
mendengar. Kalau menulis ni takkan ada
sesiapa yang akan membalas atau memotong kata-kata aku. Aku hanya perlu terus
bercerita tanpa perlu untuk segan atau silu. Semuanya ada tercatat di sini tak
da sabar boleh delete.. tak ada sapa boleh bakar. Kecuali kalau server google
terbakar aku tak leh nak buat camana la kan..
Oklah lupakan pasal tu.
Aku akan cuba untuk menghapdet aku punya blog ini sekerap yang mungkin
supaya aku tak ada rasa nak sedih-sedih gini lagi.. Walaupun laki aku cakap dia
sebuk nak kawen lain.. Pergila la mampus.. Ada aku kesah. Kalau dia dah fikir
hidup dengan aku ini tak best nak hidup dengan orang yang lagi best, dia
pergila. Kalau aku larang pun buat sakit jiwa dan raga aku ajer. Aku pun bukan
nak pretend aku ni baik sangat. Aku pun memang pernah buat salah ngan dia. Tapi
aku cuba nak baiki. Tapi kalau dia rasa berkahwin lain itu penyelesaiannya ada
aku kesah. Aku ni dia nampak yang buruk jer. Itu biasa orang, aku pun
kadang-kadang buat camtu gak. Tapi aku dah tekad tanak judge orang lagi dah.
Aku pun cuba untuk tak pernah fikir yang buruk-buruk tentang orang. Yang baik-baik
sahaja.
Aku nak tumpukan masa depan aku. Kumpul duit beli BMW beli
rumah sendiri tak yah kongsi-kongsi. Tidur dlam BMW pun takpa. Aku tak peduli.
Aku nak buat master dan kerja tanpa banyak masalah. Tak ada kawan..? Kawan
bukan leh bawa mati pun. Cuma yang ada aku den ALLAH SWT yang sentiasa memerhatikan aku..
Dah la babai
Inilah Kasihku: @sleppar