Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Surah Al-Waqiah: Untuk Mohon Rezeki dan tidak menjadi fakir

السلام عليكم ورحمة الله


Kadangkala kalau kita hanya membaca tanpa mengetahui apa maksudnya membuatkan setiap bacaan itu tidak memberi kesan sangat pada kita. Inilah yang terjadi, aku hanya tahu Surah Al-Waqiah yang selalu disebut dan dibaca. Tiba-tiba terdetik dihati untuk mencari maksudnya bila seorang rakan memberi secebis keratan berkaitan dengan surah ini. Bila mendalami maksud dia aku hampir menangis dengan apa yang dijanjikan Allah SWT pada hari yang kemudian. Betapa tegasnya Dia menerangkan akibat kemungkaran manusia di dunia yang harus diambil berat.

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

Share:

Monday, October 08, 2012

Sedihnya Sedih..

السلام عليكم ورحمة الله

Sedih itu perkara normal, maka orang yang normal akan merasa sedih dan berdukacita. Orang yang tak pernah sedih sepanjang hidupnya, dikhuatiri merupakan golongan yang bahagia, lalu ditempatkan di Hospital Bahagia. Tapi sedih itu ada batas, dan demikian juga baginda Rasulullah, pun pernah merasa erti kesedihan. Ketika baginda sering menjadi mangsa kekejaman kaum kafir Quraisy, Abu Talib merupakan pelindung baginda. Biarpun berlainan agama, Abu Talib sanggup membela Rasulullah, hingga menimbulkan rasa jengkel di hati pemuka-pemuka kafir Quraisy..


Share:

Tuesday, May 29, 2012

Lautan Merah..

السلام عليكم ورحمة الله
Lama aku tak update blog ni.. macam2 nak cerita sebenarnya tapi tak sempat.. Ini antara  satu info berguna yang alku jumpa kat emel.. Syok juga kalau tau benda yang tak tahu ni..


Ketika ini, Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tiede di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran.

Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.

Share: