Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, January 08, 2013

Hari sukan kakak



Walaupun umairah dah pun masuk darjah satu tapi aku nak juga laporkan hari sukan dia yang lepas.. Aku suka amik gambar. Niat ingat nak kongsi dengan pembaca blog aku. Tapi aku xda masa nak upload.. Lagi-lagi bila puteri-putri berdua ni dah masuk sekolah.
Bukan itu sahaja kerja kat opis  pun dah staart melambak. Kadang-Kadang xmenang tangan membuatnya. Tapi ok jugak dsri aku duduk melangok jer xbuat apa.. okla. Layan jer la gambqr anakku ni..

Kami No satu.. heheheh
Yang kat Situla



Share:

Tuesday, November 13, 2012

Konvokesyen PASTI 2012

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Hikmah sebenarnya tadika yang telah anak aku hadiri selama 2 tahun sudah. Sampai masanya dia masuk darjah satu.. Jadi sudah sampai masanya juga dia meninggalkan zaman tadikanya. Dia pun faham dan aku beruntung kerana punyai anak yang suka bersekolah dan belajar, walau kadangkala bila malsnya datang kami akan brperang supaya dia pergi sekolah.. Bukan senang minah sorg ni..bila datang anginnya. Apapun disuruh takan jadi.

Share:

Friday, January 27, 2012

Hujung Minggu yang Lepas.

Banyak juga yang terjadi sepanjang minggu lepas. Cuma kadang kala aku tiada masa untuk mengupdate segalanya. Yerla ingat senang ke jadi ibu dan isteri.. Sukar rasanya bila fikir nak jadi penulis. Bila ada kekangan yang macam tu, idea nak menulis hanya tinggal idea jer. Pada penulis blog yang sentiasa mengupdate blog anda. 'Wa salute sama lu la'. Kadang-kadang tengok ada jer idea diorang nak menyatakan sesuatu walaupun benda tu takda la penting sangat..
Share:

Wednesday, December 28, 2011

Sekitar majlis keluarga

السلام عليكم ورحمة الله

Tak banyak yang dapat aku kongsikan kat sini kerana keadaan aku tak berapa baik dua tiga minggu ini. Akhir tahun selalunya meletihkan aku. Kalo tidak sibuk dengan penutupan projek-projek pembangunan pasti akan sibuk dengan perancangan tahun depan. Kadang kala sesetengah benda aku terpaksa ketepikan dahulu demi untuk memberi laluan kepada benda yang harus disegerakan. 
Sekitar Majlis Hi-tea PASTI Umairah
Share:

Wednesday, October 05, 2011

Jaga Diri : 7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

السلام عليكم ورحمة الله


Sumber : portal.alamhamil.com

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Share:

Friday, July 01, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 3)

السلام عليكم ورحمة الله

“Saya dah beritahu dia.” Dia bersuara, tunduk melindungi mukanya.
“Bagitau aper?” Aku keliru.
“Saya sms dia beritahu saya dah kahwin. Dia terus tak balas..” Dia masih menunduk..
Aku tersenyum.. Refleks. Aku pun tak sangka. Bagaikan batu yang menghempap dada diangkat sedikit tetapi masih menghempap. Aku sendiri tak tahu mengapa sepatutnya aku lega bila si gadis mula menghindar suamiku. Tetapi melihat keadaan si Suami yang seakan ‘ kalah judi’ buat aku rasa aku masih lagi tersisih. Adakah suamiku sudah jatuh saya pada si dia.. Keadaan menjadi hening, hanya kedengaran suara anak-anak dan televisyen. Aku bangkit tanpa sepatah kata.. Kaki melangkah lemah menaiki tangga untuk ke bilik mandi, tapi sampai di katil aku duduk dan termenung. Kenapa dia bersikap bergitu. Tak cukup baikkah layanan ku padanya selama ini? Apalagi yang perlu aku lakukan? Aku berbaring, tampa aku sedari aku tertidur. Alu terjaga saat ada tangan menyentuh..
“La tidurke..? baru nak ajak keluar gi beli barang?” Aku duduk. Diam.
Share:

Thursday, June 23, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 2)

السلام عليكم ورحمة الله

“Kita Cuba.. ”  sambil dia memegang tanganku
Aku ingat lagi masa tu, aku sendiri tak menyangka yang aku akan bercinta dengan suamiku.. Dia bukanlah siapa-siapa. Aku mengenali dia melalui teman yang pernah menaruh hati pada aku. Indah sungguh waktu itu. Walaupun aku sendiri tak menyangka yang kami akan bercinta kerana dia tak masuk dalam short list lelaki idaman aku..  Tapi aku tetap menerima sekadar mencuba. Kalo tak serasi kami akan berpisah secara baik..Semua berjalan dengan baik. Kami sering bersama jika ada masa. Segalanya indah belaka. Aku amat menyenangi dia walau pun tiada lagi rasa sayang dalam hati ini. Dia tak cerewet dan senang didekati. Dia lucu dan aku tertawan dengan senyuman dan gelak tawanya.
Share:

Wednesday, June 22, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 1)

السلام عليكم ورحمة الله
Mana ntah aku jumpa benda ni tapi hope you guys kan enjoy..


Ini semua berpunca dari diri sendiri. Tak kisah konon.. Tak peduli. Terpulang. Sekarang diri sendiri yang sakit hati. Memang pada mulanya aku memang tak kisah. Tetapi bila setiap kali menyeut namanya aku rasa marah.. Suamiku nampak bahagia. Tak bahagiakah dia dengan aku.
Semua ini salah aku. Memang dia banyak kali tanya. Kenapa aku tak kisah jika dia menduakan  aku, jika dia kahwin satu lagi, aku tak sayang ker dengan dia. Memang aku tak kisah sebab bila Allah SWT memberi keizinan kepada muslimin untuk berkahwin lebih daripad satu, maknanya Allah SWT ada sebabnya yang sendiri. Dia tahu umatnya mampu dan ia tidak memudaratkan sesiapa tetapi terpulang pada mereka untuk mentadbir hidup mereka agar tiada yang teraniaya. Dia juga ada mengingatkan bahawa bila seseorang lelaki itu kahwin lebih daripada satu. Sebelah kakinya telah tersedia di Neraka. Jadi pada aku, bukan aku yang cari penyakit.. Lagi-lagi kalau aku yang tolong pinangkan aku dah dapat payung emas Siti Fatimah A.R. Apa aku nak risau..
Share:

Monday, January 31, 2011

Sabah Trip::--Last Week--

السلام عليكم ورحمة الله

Aku ingat aku dah tak da peluang untuk ke Negeri bawah bayu ni. Oleh disebabkan oleh kepandaian bos aku jadi aku terpaksa rela pergi ke sana. Aku tak kisah pergi sebenarnya. Tapi aku kesian tengok puteri-puteri aku. Masa tu.. Suami aku baru balik dari Sarawak.. dan aku pula nak kena pergi Sabah.. Nak tanak sebab tiket dah tempah aku terpaksa pergi juga..

tiket flight

Tapi tak sia-sia... Walaupun sedih tapi suka aku bila kitorg dapat tiket Flight MAS.. hahahaha.. merasa juga aku naik Malaysian Airlines selama ni boleh tengok jer.. sampai la ni ada jer tiket tu aku lekat kat dinding ofis.. berlagak ckit.. Luggage tag dia pun aku tak buka lagi... hehehehe berlagak giler...
Share:

Monday, January 10, 2011

Tuesday, November 16, 2010

bAtu kIKir neGEri seMbiLan


Memang aku tak sangka aku akan kembali lagi ke sini. Bersyukur pada tuhan. Kalo tak kerana pak ngah meninggal pagi semalm aku mungkin sukar utk menjejakkan kaki ke sini.

Bukan aku minta pakngah meninggal tapi itu ketentuan. Kita merancang tuhan yang menentukan.
Rumah opah tak banyak beza cuma bezanya agak sunyi dari biasa. Kadang2 aku bagai terdengar2 suara org tua tu kat telinga ni. Kalo mak jadi tggl sini. Maybe aku akan slalu blk sini. Di sini x da apa yg kurang cuma xda tv. Masih lagi kampung tak macam kampung pandan. Kalo nak rasa mandi air sejuk gaban dan kena gigit nyamuk. Boleh la dtg cni. Homestay pun ad.

Hummpphh. Esok raya haji. Sunyi rasanya tak macam tahun yg lepas2 ketika opah ada. Tapi apapun aku redha. Thanks mr hubby kerana memahami. Kalo tak kerana dia juga mungkin aku xkan smpai cni... [mobile blogging :: kg keru. Bt kikir]

Share: