Wednesday, December 28, 2011

Sekitar majlis keluarga

السلام عليكم ورحمة الله

Tak banyak yang dapat aku kongsikan kat sini kerana keadaan aku tak berapa baik dua tiga minggu ini. Akhir tahun selalunya meletihkan aku. Kalo tidak sibuk dengan penutupan projek-projek pembangunan pasti akan sibuk dengan perancangan tahun depan. Kadang kala sesetengah benda aku terpaksa ketepikan dahulu demi untuk memberi laluan kepada benda yang harus disegerakan. 
Sekitar Majlis Hi-tea PASTI Umairah
Sebenarnya tidaklah berapa banyak yang berlaku di sekitar kekeluargaan aku. Cuma pada bulan lepas, adik yang berada di bawah aku konvokesyen. Kebetulan tempat dia menamatkan pengajian agak dekat dengan rumah aku. Jadi tidak berapa elok kalau aku tidak sama-sama meraikannya. untuk pengetahuan pembaca. Aku kurang gemar untuk menyambut sesuatu keraian. Mahupun majlis perkahwinan rakan-rakan. Tetapi jika dijemput aku akan sedaya upaya menghadirkan diri bagi menghormati majlis kebesaran mereka. Kepada kawan-kawan aku minta maaf banyak-banyak yer. Aku bukan tak nak dtg, sudi sgt cuma bila fikir nak kena cantik-cantik dan kalau datang ramai-ramai konvoi seronok la juga tapi datang sorg lepas tu melangok jer. Aku tak berapa nak suka. Ok balik pada konvokesyen. 
Oleh kerana majlis tersebut bermula pagi dan berakhir pada tengah hari. Jadi aku mengambil keputusan untuk datang hampir tengah hari. Supaya boleh terus berjumpa dengan mak dan adik aku. Tetapi semua yang dirancang tak semestinya dapat ditunaikan. Aku terpaksa tunggu sehingga dua jam untuk menunggu majlis berakhir dan asik aku keluar dari dewan konvokesyen. Itu belum ditambah dengan kesesakkan lalu lintas yang di akibatkan oleh semua waris yang hadir berebut-rebut untuk mengambil para graduan. Hai.. aku memang lemah part ini. Menunggu dan kesesakkan lalu lintas. Aku hampir mengamuk di tengah jalan. Hahahaha... betapa kurang sabarnya aku. Akhirnya aku dapat berjumpa dengan mereka. Setelah mengambil beberapa keping gambar, mak aku letih dan berhasrat untuk pulang. Jelepas semua selesai, mereka pulang menaiki kereta dipandu oleh abang aku. 
Dua minggu yang lepas pula, majlis minum petang bersama warga pengurusan tadika anak aku yang sulung, PASTI Klang. Majlis diadakan di GoldCourse Klang bermula pada pukul 2.00 petang. Tadi majlis di tangguh ke 3.00 petang kerana Tetamu Jemputan lambat tiba. Selalunya kalau majlis minum petang akan dimulakan dengan ucapan dari para Jemputan dan penyampaian sijil atau penghargaan kepada pelajar-pelajar. Tetapi lain pula yang berlaku disini, memang perkara tersebut ada tetapi diakhir majlis. Begitu juga jamuan makan diadakan selepas semua persembahan pelajar habis dipersembahkan. Aku yang hari tu hanya makan mee goreng kebuluran kerana terpaksa tunggu sampai pukul 6.00 petang untuk makan.. Aduh seksanya. Tapi itulah perkara terbaik yang pernah aku lakukan untuk anak aku. Melihat telatahnya yang riang gembira di atas pentas membuatkan aku sangat bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaannya pada aku. Yang menakjubkan tiada sikir pun rasa gementar dilihat diwajahnya. Dia amat seronok sekali menyanyi dan menari bersama kawan-kawannya. Berbaloi dengan segala yang telah aku korbankan selama ini. Hilang rasa lapar dan dahaga ketika itu. Dialah permata hati aku.

 Aku harapkan mereka terus menghadapi hidup yang lebih baik dan terus menempah kejayaan gemilang dalam hidup mereka. Tiada apa yang dapat aku beri lagi selain dari doa dan restu moga perjalanan hidup mereka lebih lancar dan bermakna.
Share: