Wednesday, February 08, 2012
Friday, January 27, 2012
Hujung Minggu yang Lepas.
Wednesday, November 17, 2010
bAtu kIKir neGEri seMbiLan part 2::

Masa aku tulis post ni aku telah pun selamat sampai di teratak sewa aku di Damansara Damai.. Aku kalo nak tahu bukan rajin sgt menaip tapi oleh kerana tak puas hati dengan post yang lepas so aku pun post another article here. Ok la ada juga yang aku tertinggal masa describe post yang tadi. Rumah opah tu takda peti ais dan Cuma ada 'aircond' semula jadi yang berfungsi pada malam hari.. Seeeejjjuukk sangat bila malam hari.. Kalo rasa ada asthma kena la sedia ubat awal-awal.. Kalo dulu kami hanya gun adapur kayu... Aku masih ingat rasa air pada masa itu. Rasa arang pasir semua ada. Yerla masak guna arang kayu.. Nak mandi.. Aku tak pernah mandi sebelum subuh.. mau biru bibir.. Sekatang jer tahan ckit..
Seronoknya balik sana adalah tengok perangai laki aku. Dia tak biasa balik kampung dan tak biasa keadaan kampung. Macam orang demam pun ada sian tengok dia.. Yerla rumah lamna tinggal suma cukup.. Dua bulan mak aku tak balik rumput dah paras betis belum habuk dah semua serangga dan sepupu sepapat dia yang menumpang kat rumah tuh.. Memang pengalaman indah kalo korang tak pernah duduk kampung.
Tuesday, November 16, 2010
bAtu kIKir neGEri seMbiLan
Rumah opah tak banyak beza cuma bezanya agak sunyi dari biasa. Kadang2 aku bagai terdengar2 suara org tua tu kat telinga ni. Kalo mak jadi tggl sini. Maybe aku akan slalu blk sini. Di sini x da apa yg kurang cuma xda tv. Masih lagi kampung tak macam kampung pandan. Kalo nak rasa mandi air sejuk gaban dan kena gigit nyamuk. Boleh la dtg cni. Homestay pun ad.
Hummpphh. Esok raya haji. Sunyi rasanya tak macam tahun yg lepas2 ketika opah ada. Tapi apapun aku redha. Thanks mr hubby kerana memahami. Kalo tak kerana dia juga mungkin aku xkan smpai cni... [mobile blogging :: kg keru. Bt kikir]
Wednesday, November 03, 2010
4 YeaRs Old UmaIRAh

Susah betul nak mengupdate… Sekarang baru ada masa. Kerja kalo nak diikutkan memang tak sudah-sudah. Kadang nak makan tengah hari pun tak sempat. Tension pun ada juga.. Tapi apa nak buat dah kerja.. Lagi-lagi bila dah akhir tahun semua tengah kejar dateline. Nak siapkan projek n nak kejar payment.. Memang sampai la ni tak cukup tangan. Tambahan Network tempat tengah ubah config jadi semua kena ubah.. kelam kabut juga la aku..
Hummphhh… hari minggu memang kami jarang ada kat rumah.. Kalo tak pergi rumah mak aku mesti pergi rumah mak mentua.. Kalo tak pergi pun mesti ada tempat yang kami tuju. Minggu lepas istimewa sikit sebab harijadi Umairah. Kami tak ada la buat aper-aper yang istimewa tapi bawa juga la dia berjalan. Pergi secret resepi beli one slice of cake dia kongsi dengan adik dia. It's normal tapi yang aku tak boleh lupa muka dia masa kami nyanyi lagu bestday pada dia.. Dia malu-malu kucing comel sangat.. Sampai hari ni aku leh senyum bila teringat muka dia..