السلام عليكم ورحمة الله
“Saya dah beritahu dia.” Dia bersuara, tunduk melindungi mukanya.
“Bagitau aper?” Aku keliru.
“Saya sms dia beritahu saya dah kahwin. Dia terus tak balas..” Dia masih menunduk..
Aku tersenyum.. Refleks. Aku pun tak sangka. Bagaikan batu yang menghempap dada diangkat sedikit tetapi masih menghempap. Aku sendiri tak tahu mengapa sepatutnya aku lega bila si gadis mula menghindar suamiku. Tetapi melihat keadaan si Suami yang seakan ‘ kalah judi’ buat aku rasa aku masih lagi tersisih. Adakah suamiku sudah jatuh saya pada si dia.. Keadaan menjadi hening, hanya kedengaran suara anak-anak dan televisyen. Aku bangkit tanpa sepatah kata.. Kaki melangkah lemah menaiki tangga untuk ke bilik mandi, tapi sampai di katil aku duduk dan termenung. Kenapa dia bersikap bergitu. Tak cukup baikkah layanan ku padanya selama ini? Apalagi yang perlu aku lakukan? Aku berbaring, tampa aku sedari aku tertidur. Alu terjaga saat ada tangan menyentuh..
“La tidurke..? baru nak ajak keluar gi beli barang?” Aku duduk. Diam.
Mataku mengekori dia menuruni tangga. Mengeluh.. Aku bangkit terus ke bilik mandi. Habis membersihkan diri aku turun dan makan.. Sunyi.. Tiada lagi perkataan keluar dari mulut masing-masing hanya riuhan suara anak-anak membuat suasana sedikit meriah. Mengapa aku begini? Kenapa aku tak tanya jer dia. Lagi lama ko pendam lai sakit hati ko. Tapi apa aku nak tanya? Dia dah beritahu semuanya. Aku yang menipu diri sendiri aku yang membenarkan semua ini terjadi.
“Esok malam saya nak pergi rumah norini..” Suara itu betul-betul menikam hati.
Aku terdiam. Air nescafe yang ku hirup bagai duri mengalir ke tekakku. Tujuannya hanya kerja, projek pengubahsuaian rumah ibu angkat si gadis. Tapi hati aku masih berkocak hebat. Mestikah dia pergi? Aku diam dan kembali menghabiskan sisa makanan. Terus kedapur mennyiapkan segala tugas di dapur. Kedengaran pintu hadapan ditutup. Aku mengintai, dia sudah tiada yang terlihat hanya anak-anak sedang sibuk dengan buku mewarna mereka.
Malam itu tak tahu pukul berapa dia balik ke rumah. Anak-anak sedang lena, yang aku tahu aku naik ke atas selepas terjaga dari lena di sofa. Esok paginya aku bangun awal dan terus bersiap untuk pergi kerja. Anak ku kejutkan meminta dia membangunkan ayah. Setelah menyiapkan anak2 aku terus hantar mereka ke sekolah. Aku tak tahu apa jadi pada suami ku kerana aku terus ke tempat kerja. Dia pun tidak menghubungi aku sepanjang hari. Aku rasa dia terlampau seronok semalam sehingga lupa akan isteri dan anak-anak. Tanpa ku sedari airmata mengalir membasahi ruang pipi..