Sunday, July 24, 2011

BUKA?

السلام عليكم ورحمة الله
Agaknya bagaimana rasa bila diri dicintai?
Adakah ia bagaikan anak kecil dilayan oleh ibunya atau Tuan Puteri di Istana
dan dayang-dayangnya?
Aku bukan si anak kecil yang hanya gilakan gula-gula
Dan aku juga bukan anak raja yang ayahnya berharta
Aku hanya insan, manusiadan hamba.
Belaian.. bagaimana agak rupanya
Suci.. Betulkah apa yang dikatakan cinta itu suci
Jika sepasang kekasih saling membelai
sehingga hanyut dilautan tak bertepi..
Mustahil.. dikatakan si hawa masih suci
Lebih aib bila si teruna menghilangkan diri..

Salahkah aku menutup pintu hati
kerana tak sanggup lagi dilukai.
Tak sanggup menghadap 'Cinta Suci'
Tak ku pinta pujuk rayu,
Tak minta kata cinta
Tak juga ku minta wang berjuta dan belaian mesra

Cuma ku ingin iklasnya..
Bila cinta tampak ikhlasnya
Tidak payah cari kunci hatinya
Tak perlu ia diketuk bertalu
Bila tuhan izin ia terbuka
Bila betul kuncinya
Bila betul tuas pusingnya
Bila ada restu yang Esa

Tapi mengapa ada yang tak faham..
Bila diterang ia bengang
Bila dilawan ia berang
Tiada guna berkongsi hidup
Kalau tiada sefaham
Tapi indah bila tiada arang melintang

Kepadamu Kekasih
Aku tidak menyalahkan dan tak mahu dipersalahkan
Share: