Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

BUKA?

السلام عليكم ورحمة الله
Agaknya bagaimana rasa bila diri dicintai?
Adakah ia bagaikan anak kecil dilayan oleh ibunya atau Tuan Puteri di Istana
dan dayang-dayangnya?
Aku bukan si anak kecil yang hanya gilakan gula-gula
Dan aku juga bukan anak raja yang ayahnya berharta
Aku hanya insan, manusiadan hamba.
Belaian.. bagaimana agak rupanya
Suci.. Betulkah apa yang dikatakan cinta itu suci
Jika sepasang kekasih saling membelai
sehingga hanyut dilautan tak bertepi..
Mustahil.. dikatakan si hawa masih suci
Lebih aib bila si teruna menghilangkan diri..

Salahkah aku menutup pintu hati
kerana tak sanggup lagi dilukai.
Tak sanggup menghadap 'Cinta Suci'
Tak ku pinta pujuk rayu,
Tak minta kata cinta
Tak juga ku minta wang berjuta dan belaian mesra

Cuma ku ingin iklasnya..
Bila cinta tampak ikhlasnya
Tidak payah cari kunci hatinya
Tak perlu ia diketuk bertalu
Bila tuhan izin ia terbuka
Bila betul kuncinya
Bila betul tuas pusingnya
Bila ada restu yang Esa

Tapi mengapa ada yang tak faham..
Bila diterang ia bengang
Bila dilawan ia berang
Tiada guna berkongsi hidup
Kalau tiada sefaham
Tapi indah bila tiada arang melintang

Kepadamu Kekasih
Aku tidak menyalahkan dan tak mahu dipersalahkan
Share:

Tuesday, January 11, 2011

: : Susah : :

السلام عليكم ورحمة الله
Mesti korang bertanya kenapa aku suka buat boleh dikira puisi-puisi yang satu perkataan jer.. Entah aku pun tak tahu.. terlintas jer aku taip


Susah

Kalau miskin susah
Kalau kaya pun susah
Ada duit susah sebab ada je benda nak beli
Tiada duit lagi susah, sampai makanan pun
tak boleh nak dibeli

Tiada kerja susah
susah nak hidup
susah nak bergerak
susah nak nak dapat duit makan
susah nak menunaikan tanggungjawab

Ada kerja pun susah
Susah nak jaga anak
Susah nak pergi dating
Susah nak tidur
Susah nak ponteng
Susah nak tengok wayang
Susah nak pergi karoke

Naik motor susah, sebab kena hujan
Naik kereta susah, sebab asyik traffic jammed.
Rumah kecik susah sebab sempit
susah nak beli banyak perabut
susah nak duduk ramai-ramai
Rumah besar susah sebab susah nak kemas
banyak nak kena bayar
banyak orang nak tumpang duduk

Jadi kuli susah sebab kerja berat
Jadi bos susah sebab tanggungjawab berat
Jadi alim susah sebab orang hormat sangat
Jadi jahat susah sebab orang hina sangat

Kalau semua susah.. Apa yang senang
Takda apa yang senang.
Kalau senang semua orang sanggu hidup
walau seribu tahun
Kalau aku.. susah juga tu.. Seksa batin
Sebab susah nak mati..

Copyright reserve:: IdaMan 2008::



Share:

Tuesday, December 14, 2010

:: tidur ::

السلام عليكم ورحمة الله


Tidur memang
indah. Memang seronok. Lagi-lagi
kalo
dilayan. Semakin banyak kita
tidur. Makin laju waktu berjalan.
Makin
banyak yang kita tertinggal makin
cepat usia mengejar kita.
Berbaloikah tidur kalau itu
natijahnya. Berbaloikah berjaga
kalau
seperti tidur faedahnya.
Fikiran terus celaru..
Share: