Thursday, June 23, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 2)

السلام عليكم ورحمة الله

“Kita Cuba.. ”  sambil dia memegang tanganku
Aku ingat lagi masa tu, aku sendiri tak menyangka yang aku akan bercinta dengan suamiku.. Dia bukanlah siapa-siapa. Aku mengenali dia melalui teman yang pernah menaruh hati pada aku. Indah sungguh waktu itu. Walaupun aku sendiri tak menyangka yang kami akan bercinta kerana dia tak masuk dalam short list lelaki idaman aku..  Tapi aku tetap menerima sekadar mencuba. Kalo tak serasi kami akan berpisah secara baik..Semua berjalan dengan baik. Kami sering bersama jika ada masa. Segalanya indah belaka. Aku amat menyenangi dia walau pun tiada lagi rasa sayang dalam hati ini. Dia tak cerewet dan senang didekati. Dia lucu dan aku tertawan dengan senyuman dan gelak tawanya.
Mengingati kenangan membuat aku tersenyum seorang diri. Tapi kini aku semua tu tak bermakna lagi.. Kami semakin kurang duduk bersama. Dia sering mencari alasan untuk tidak berada dirumah.. Alasannya kerja. Baru-baru ni dia mendapat projek yang diusahakan bersama kawannya. Aku semakin sepi. Makin sakit hati ini bila mendengarnya . Mana taknya projek tersebut bekenaan dengan gadis tersebut, mak si gadis minta mereka mengubahsuai rumah mereka. Makin galak la mereka bersama. Dalam tak sedar airmata menitis tak berhenti. Beginikah berakhirnya cinta kami.  
Dari jauh kendengaran kenderaan masuk ke rumahku. Sudah pasti suamiku pulang dari rumah kekasihnya. Aku mengesat airmata tak guna bersedih. . Aku berpura-pura sibuk membasuh pinggan mangkuk di singki. Perlahan-lahan kerana bilangannya tak seberapa. Kemudian aku ke bilik pakaian memasukkan baki pakaian ke dalam mesin basuh.. Dia sedang duduk di depan melayan tv. Anak-anak sudah lama masuk tidur. Tan pa berlengah aku terus ke tingkat atas keranan tak sanggup mendengar kemesraan mereka bersama.
Dia menuruti dari belakang dengan tuala dan terus kebilik mandi. Aku terus kekati l dan berpura-pura tidur. Air mata menitis lagi mendengar dendangan sumbang sang suami dalam bilik mandi. Bahagia sungguh sang pencinta sehingga lupa bahawa aku masih disini.. Aku mengesat airmata agar tidak tumpah ke katil.. Kedengaran pintu di buka dan ditutup menandakan dia habis mandi. Aku terus tidur berpura tidak mendengar. Dia mengusik dan mengejut aku.
“hmmm… nak apa?”
“Dah tidur ker?”
“Saya nak cerita ni dengarla. “
 Aku berpaling ke arah bertentangan, tak sanggup mengadap mukanya. Berpura kaku dan tidak mendengar. Hati ini akan bertambah runtun. Di bagai berputus asa kemudian baring dan kami tertidur..
Share: